Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Anwar sudah melalui pelbagai dugaan, tidak menyimpan dendam, kata Johari Abdul

Anwar sudah melalui pelbagai dugaan, tidak menyimpan dendam, kata Johari Abdul

Oleh MALAYSIA DATELINEJune 23, 2019 11:05 am




Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Johari Abdul berpendapat jarang wujud individu secekal Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menempuh pelbagai dugaan.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah itu, Presiden PKR berkenaan walau bagaimanapun tidak berdendam sebaliknya meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Anwar sudah melalui pelbagai dugaan, kena pukul, tumbuk, fitnah dan macam-macam lagi tetapi masih lagi wall tall (percaya diri sendiri).

“Beliau merupakan manusia luar biasa, tidak menyimpan dendam (walaupun pernah dipenjarakan), sebaliknya beliau meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Selepas tahanan (dipenjara) kali pertama, beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen, kemudian ditahan (dipenjara) lagi selama lima tahun dan seminggu selepas itu, beliau menjadi semula Ahli Parlimen.

“Jarang berlaku manusia secekal ini, dua kali ditahan, dua kali keluar (penjara) dan dua kali jadi Ahli Parlimen.

“Dan beliau tidak rasa marah atau dendam sebaliknya meneruskan kehidupan seperti biasa dan mengajak rakyat meninggalkan masalah dan teruskan dengan kehidupan,” kata Johari seperti dipetik laporan Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang laluan dan cabaran Anwar menjadi Perdana Menteri ekoran perkembangan semasa.

Anwar yang bakal berusia 72 tahun pada 10 Oktober ini kali pertama dipenjara pada 1998 sebelum dibebaskan pada 2004.

Beliau kemudiannya dipenjarakan buat kali kedua di Penjara Sungai Buloh pada 10 Februari 2015 dan dibebaskan pada 16 Mei tahun lalu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Lagi 3,306 kes baharu, 38,791 kes aktif

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production