Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Anwar terima baik pandangan Ahli PMM dan Ahli Parlimen PKR

Anwar terima baik pandangan Ahli PMM dan Ahli Parlimen PKR

BernamaJuly 19, 2019 7:00 am




Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menerima baik pandangan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen PKR, yang memintanya berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan perpaduan parti.

“Maksud mereka untuk pastikan parti ini tidak kelihatan terlalu tegang, jadi mereka memberi peringatan supaya boleh mempersatu parti,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, pada Khamis.

Anwar berkata demikian merujuk kepada kenyataan bersama MPP dan Ahli Parlimen PKR berhubung kenyataannya pada Rabu yang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin perlu bercuti segera, jika terbukti terlibat dalam video intim dan beliau tidak perlu bercuti jika di sebaliknya.

Mohamed Azmin pula membidas kenyataan itu dengan berkata Anwar perlu muhasabah diri.

Sehingga pukul 2 petang ini kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini oleh Ahli MPP dan Ahli Parlimen, menyenaraikan 28 nama termasuk empat Naib Presiden PKR – Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Ali Biju dan Dr Xavier Jayakumar.

Menurut Anwar lagi, PKR sentiasa berpendirian tegas dalam menolak budaya politik jijik dan meminta Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, diberikan ruang bagi menyelesaikan kemelut isu video intim.

Anwar berkata beliau tidak terkilan dengan reaksi Mohamed Azmin itu dan meminta pihak media agar tidak mengeksploitasi kenyataan timbalan presiden PKR itu.

“Saya rasa tidak adil juga untuk beliau, dalam kedudukan beliau itu. Dia mungkin tidak membaca keseluruhan teks. Kamu semua (media) cuma bertanya dia dengan soalan itu… Saya tidak rasa yang kamu semua seharusnya eksploit kenyataan beliau itu, saya tidak rasa terganggu (dengan kenyataan),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau sudah menghubungi timbalan presidennya sebanyak dua kali yang kini berdepan detik sukar dalam kerjaya politiknya.

Sementara itu kenyataan bersama MPP dan PKR menegaskan bahawa KEADILAN wajib berdiri teguh dan konsisten menentang politik kotor yang digunakan dalam komplot untuk menjatuhkan Azmin.

Kenyataan itu juga menyebut Anwar sebagai presiden parti sewajarnya mempertahankan timbalan beliau, demi memelihara muafakat utuh PKR dan tidak sama sekali cuba menggasir kedudukannya dalam kerajaan tanpa sebarang asas yang kukuh.

Presiden parti juga digesa supaya segera menggembeling perpaduan anggota demi keutuhan PKR, Pakatan Harapan dan negara yang tercinta.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production