Malaysia Dateline

Anwar tiba untuk ‘meeting’ antara PH dengan BN

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah tiba di Hotel Sri Pacific Kuala Lumpur bagi mengadakan perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Anwar yang tiba pada jam 10.30 pagi ini dikerumuni para wartawan namun beliau hanya tersenyum dan tunduk hormat kepada wartawan yang sejak awal pagi berkampung di sana.

Anwar tidak memberi komen walaupun ditanya soalan dalam kalangan wartawan, Anwar tersenyum dan sempat membetulkan butang bajunya.

Wartawan ikut Anwar ke lobi hotel

Sebelum itu, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah tiba awal sedikit dari Anwar dan beliau juga tidak berkata apa-apa sebaik ditanya wartawan, dia hanya tersenyum dan meminta laluan untuk masuk ke lobi hotel.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution juga dilaporkan berada di sana namun mereka dikatakan telah tiba awal lagi.

Pertemuan hari ini bagi membentuk gabungan yang kuat dan stabil ketika kerajaan yang sedang tergantung ketika ini.

Sementara itu, khabar angin berhubung kedudukan pemimpin dalam kerajaan mula tersebar ketika ini.

  1. PM – Anwar Ibrahim – PH
  2. TPM – Tok Mat – BN
  3. DUN Pahang – MB BN
  4. DUN Perak – MB PH

Maka dengan ini pembentukan kerajaan selesai dengan pakatan PH dan BN.

Kita boleh dan stabilkan negara

Cadangan PH yang dipersetujui Zahid Hamidi;

PM: Anwar Ibrahim PKR

TPM 1: Mat Hassan BN

TPM 2: Shafie Afdal WARISAN (Sabah Sarawak)

Kerajaan PH 82+ BN 30 + Warisan 3 = 115