Malaysia Dateline

Keputusan kes liwat II Anwar akan diketahui hari ini

Anwar ucap syukur atas kejayaan Selangor urus ekonomi

Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan ekonomi, menjana pertumbuhan, mengawal perbelanjaan, mengelak rasuah dan ketirisan.

“Maka dengan kejayaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Sdr Azmin Ali, Menteri Besar, ikhtiar membantu rakyat dipertingkat dan bonus penjawat awam memecah rekod bonus dalam negara,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu dalam satu kenyataan hari ini, mengulas ringkas Bajet 2018 Negeri Selangor yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, 3 November lalu itu.

Anwar selanjutnya berkata, beliau yakin contoh dan model ini akan memperkuatkan semangat rakyat untuk terus berjuang menjayakan perubahan dalam negara.

Ketua Umum Pakatan Harapan itu akan menjalani pembedahan pada 12 November ini untuk merawat kecederaan di bahu kanannya yang semakin teruk kesan kemalangan melibatkan kenderaan Jabatan Penjara pada 22 September lalu.