Malaysia Dateline

Anwar ziarah ibu Najib, berdoa diberi kesembuhan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meluangkan masa menziarahi Tun Rahah Mohamed Noah semalam.

Presiden PKR itu melawat ibu kepada Datuk Seri Najib Razak itu dengan turut disertai isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sempat menziarahi bonda kepada Dato’ Seri Najib Razak petang tadi (semalam) yang kurang sihat.

“Mendoakan agar bonda beliau lekas sembuh dan kembali diberi kekuatan, insyaAllah,” katanya lewat malam tadi dalam perkongsian ringkas menerusi Facebook beliau.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkongsi foto bersama Najib.

Tun Rahah, 87, sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court di Jalan Kia Peng dekat ibu negara.