Anzalna beri hadiah bernilai RM10,000 untuk hari jadi anak yang ke-5, “duit bukan segalanya”

Oleh WAN SITI AMINAH

Pelakon popular, Anzalna Nasir sanggup mengeluarkan belanja lebih dari RM10,000 untuk meraikan ulang tahun kelahiran ke-5 anak sulungnya iaitu Mohamad Eidrees.

Menerusi satu rakaman dimuat naik di akaun TikTok miliknya, pelakon yang berusia 36 tahun itu meluangkan masa berdua dengan anaknya di sebuah pusat beli-belah.

Anzalna kemudian memberikan dua pilihan kepada Eidress melibatkan jumlah wang tunai, hadiah dompet serta tempat makan untuk menyambut hari jadi anaknya itu.

Nasib menyebelahi Eidrees apabila kanak-kanak itu dilihat membuat pilihan terbaik untuk perkara tersebut iaitu wang berjumlah RM10,000 dan dompet jenama Versace.

Bukan itu sahaja, Eidress juga memilih sebuah restoran yang menghidangkan sajian eksklusif iaitu udang kara sebagai tempat makan mereka berdua pada hari tersebut.

“Duit bukanlah segalanya kalau nak dibandingkan dengan kebahagiaan dan rezeki yang Eidrees sudah berikan kepada kami. Selamat hari jadi kesayanganku. Kami sangat menyayangimu.

@anzalnanasir

Happy birthday Eidrees. Selagi ada rezeki segala permintaan anak akan ditunaikan.

♬ Thank You for Being You – OctaSounds

“Selagi ada rezeki, segala permintaan anak akan ditunaikan,” tulis pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir itu menerusi ruangan kapsyen di hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pelayar TikTok berkongsi rasa kagum dengan cara Anzalna menghargai kehadiran anak yang membawa rezeki kepada keluarga.

Anzalna di ruangan komen juga sempat membalas komen sinis yang mempersoalkan sumber pendapatan suaminya hingga mampu mengeluarkan belanja sebegitu besar.

“Maaf ya, 100 peratus duit ibunya. Saya adalah sejenis perempuan yang tak mengharapkan lelaki. Sebelum kahwin memang sudah sediakan segalanya untuk masa depan saya dan anak-anak,” jawab Anzalna.

“Dia bukan manjakan anak dengan duit. Tetapi sebagai ibu, memang nak yang terbaik untuk anak. Semoga murah rezeki kita semua untuk bahagiakan anak masing-masing.” Kata seorang pengguna.

Sekadar info, pelakon drama bersiri popular, Memori Cinta Suraya itu melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya iaitu Hanif Zaki pada tahun 2016 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan dua sejoli itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 5 dan Mohamad Emirhan yang kini berusia dua tahun.

Baca juga: “Beli barang terlarang mampu tapi nafkah anak tak boleh bayar” – Isteri Cliff Umar luah rasa kecewa