Apa ada di Tanjung Piai?

Kini Kawasan Parlimen Tanjung Piai, Pontian Johor jadi tumpuan pelbagai pihak sejak kepergian Allahyarham Dr. Farid Rafek.

Ini menyebabkan kawasan parlimen itu diisytihar kosong dan akan ada pilihan raya kecil (PRK) di kawasan itu tidak lama lagi.

Boleh dibayangkan kawasan Parlimen itu akan menjadi begitu sibuk dengan begitu ramai berdatangan untuk menyaksikan PRK itu.

Tanjung Piai, kedudukannya begitu istimewa. Ia dikatan kawasan dataran paling selatan benua Asia.Ia menjadi tumpuan pelancong yang datang dari pelbagai tempat, termasuk dari luar negara.

Jika anda berada di home-stay/hotel dan menikmati makanan laut dari restoran di situ, anda akan menyaksikan seperti berada di tiga negara.

Di depan restoran itu kelihatan kerdipan lampu resoran Singapura. Di kiri kanan restoran itu Pulau Karimun, Indonesia yang boleh sampai di sana lebih kurang satu jam dengan feri dari Kukup, berdekatan Tanjung Piai.

Maka Tanjung Piai begitu istimewa sekali. Dalam google dan tertera Tanjung Piai, dataran paling selatan benua Asia itu.

Kini ada pelbgai projek, terutama projek pelancongan sedang rancak
dibangun.

Dari Tanjung Piai ada feri ke pulau Karimun, Indonesia. Ia tidak lauh dari Tanjung Balai, Karimun, Tungkal dan pulau kecil di hujung Tanjung Piai.

Pekerjaan orang kampung di situ, betani, nelayan dan lain-lain. Tentulah semasa kemen PRK Tanung Piai nanti kawasan ini akan jadi tumpuan dan akan menadi begittu sibuk.

Sukar dibayangkan bagaiman sibukanya pabila dekat dengan PRK Tajung Pilai itu nanti. Perjalanan dari KL ke Pontan dan setersnya melalui lebuh raya, kita-
kira empat jam lebih.