Malaysia Dateline

Apa anda perlu tahu tentang maksud sebenar “daging lembu”, “susu segar”?

Heboh pula dua tiga hari ni pasal susu Farm Fresh yang dikatakan tidak fresh. Dulu, heboh pasal daging yang bukan daging.

Ramai yang berasa ditipu dan tertipu tapi bagi pihak yang dikatakan menipu, tidak mengaku menipu. Siapa betul, siapa salah?

Betul dan salah tidak wujud, yang wujud hanya persepsi. Bagi saya, ini semua masalah istilah.

Imbas kembli pasal daging sebelum ini. Apabila Ramly Burger jual burger daging, secara automatik orang ingat daging lembu. Begitu juga bila beli daging beku, automatik orang ingat daging lembu. Bila diketahui ia daging kerbau, semua orang kata penjual menipu.

Dalam undang-undang antarabangsa, “beef” can be cow’s meat or buffalo meat.

Apabila sebut “buffalo meat”, ia bermaksud daging bison. Jadi, kalau pergi Amerika dan order buffalo meat, kita akan dihidangkan daging bison.

Susu pula, kita menganggap “susu segar” atau “fresh milk” ialah susu yang keluar terus dari tetek lembu. Di sini kesilapan pertama berlaku. Susu yang baru diperah dari tetek lembu atau kambing itu dipanggil susu mentah, atau “raw milk” bukan “susu segar.”

Apa anda perlu tahu tentang maksud sebenar "daging lembu", "susu segar"?
Susu yang baru diperah dipanggil susu mentah bukan susu segar.

Mana-mana negara tidak menggalakkan rakyatnya minum susu mentah sebab takut keracunan mikroorganisma. Sekurang-kurangnya, perlu dimasak dulu. Apabila dah masak, ia bukan lagi susu mentah tapi nak panggil apa?

Bila jarak antara ladang dengan meja makan semakin jauh, maka proses untuk memastikan makanan itu sentiasa segar menjadi semakin sulit. Pelbagai proses perlu dilalui.

Susu pun macam itu. Ada yang melalui proses UHT atau dijadikan tepung. Selagi sifat-sifat susu itu tidak berubah, ia kekal dengan nama “susu segar”.

Apakah standard yang digunakan untuk membolehkan pengeluar menggunakan label “susu segar”? Yang ni kita kena lihat Akta Makanan 1983 atau Peraturan Makanan 1985.

Susu segar perlu mengandungi tidak kurang daripada 3.25 peratus lemak susu dan 8.5 peratus pepejal susu bukan lemak.

Ia juga mesti tidak mengandungi air yang ditambah, tidak mengandungi “food additive” ataupun bahan antibiotik. Ia boleh disejukkan tetapi tidak boleh melalui proses radiasi atau rawatan fizikal yang lain.

Jadi, banyak lompang dalam undang-undang itu. Saya boleh impot susu tepung dan bancuh balik, kemudian bubuh label susu segar dan tidak melanggar undang-undang. Saya tak tipu! Hangpa yang silap paham.

Tentang claim yang lain-lain tu, macam 48 jam, BMF, Farm Fresh Melayu punya… yang tu saya tak mahu masuk campur. Dengan Farm Fresh ni, dah tiga kali saya berentap.