1. Sambung ya catatan santai tentang isu banjir di Sepang. Pada coretan yang lepas, saya habaq yang saya nak story sikit fasal bantuan yang melibatkan pakaian-pakaian atau barangan terpakai.
Alhamdulillah saya agak berpeluang banyak kali juga menyertai beberapa misi bantuan mangsa musibah tak kira kerana faktor banjir atau tsunami atau perang dll sama ada dalam negara atau di luaq negara. So, adalah sikit-sikit pengalaman.

Saya dok perhati antara bantuan lazim ketika musibah adalah derma bantuan berupa pakaian terpakai. Maaf cakap lazimnya bantuan pakaian terpakai ini agak mudah untuk dikumpulkan dan ramai penyumbangnya tetapi malangnya ia juga menimbulkan masalahnya tersendiri.
Suka atau tidak ada pihak yang mempunyai simpanan pakaian atau barangan yang terpakai di rumah depa seolah-olah menggunakan peluang ketibaan musibah untuk “dispose of” pakaian atau barangan terpakai itu.
Seorang sarjana Islam hebat di US iaitu Sheikh Hamzah Yusuf mengkritik amalan itu yang beliau samakan seperti fenomena “rummage sale”
Dia habaq, dalam Islam, kita diminta/dianjur memberi pada orang lain benda yang kita suka/sayang bukan benda yang kita dah tak mahu simpan lagi di rumah.
Maaf dia habaq ya, saya hanya quote sahaja.
Yang nyata bukan sahaja jumlah besaq pakaian terpakai itu tidak akan diambil oleh para mangsa, malahan ia menimbulkan masalah besaq pula di pusat-pusat penerima bantuan. Depa terpaksa pula memikirkan mekanisme untuk melupuskan pula semua pakaian-pakaian lama tersebut. Ada yang terpaksa sewa kontena untuk menyimpan semua pakaian yang diderma itu. Unnecessary cost untuk depa pula.
Pada hemat saya, jujurnya, di waktu musibah di era ini menderma pakaian yang terpakai MUNGKIN sudah tidak begitu relevan dan diperlukan lagi kot. والله اعلم
Bagi saya, seeloknya pihak yang ingin memberi bantuan terlebih dahulu bertanyakan kat pihak yang bertanggungjawab di lapangan/lokasi musibah, apakah keperluan yang mereka amat inginkan/perlukan?
Saya bagi contoh di Sepang, antara barangan keperluan yang kami sediakan adalah “power bank”. Ya, mangsa nak charge hp depa.
In fact, barangan keperluan itu sendiri berubah dari semasa ke semasa mengikut hari ke berapa banjir belaku. Bantuan banjir di hari ke tiga berbeza dengan bantuan di hari ke lima (5). Hari ke-8 berbeza dengan hari ke-22.
2. Saya U-turn sedikit story saya di Kampung Labu Lanjut. Sebelum saya ke sana pada hari ke-enam, saya ada menerima pesanan WA dari seorang kawan.
“Puan,
Boleh ke minta bantuan beras minyak gula dan sebagai bahan masakan mentah. Mohon maaf dan terimakasih.”
Mesej tersebut melibatkan SMK Sepang.
Mesej seperti di atas biasa di re-forward pada saya dan team saya, boleh dikatakan on daily basis.
To be fair, sebenarnya kami berterima kasih atas mesej sepert itu sebab hampir mustahil untuk kami boleh tahu semua masalah. So bila ada pihak yang tolong ingatkan, ianya amat membantu.
Cuma yang agak ada masalah sikit, info dalam mesej sepert itu tidak begitu lengkap..misalnya tidak disertakan info dengan siapa pihak kami perlu hubungi..tak ada nombor telefon. Bila kami tanya pada penghantar mesej, depa habaq “kami tak tahu sebab kami hanya forward sahaja”
3. Ditakdirkan Allah ketika team kami bersama Ketua Kampung Labu Lanjut melawat rumah beberapa keluarga di kampung itu – antaranya rumah saudara Along – kami terserempak dengan guru-guru SMK Sepang. Saya lantas teringat mesej WA di atas.
Pegawai dari team saya lantas menceritakan tentang mesej yang kami terima itu dan memohon depa – para guru itu – untuk tolong belikan bahan-bahan mentah yang diminta dari mesej di atas.
Kami hanya sumbangkan sedikit wang tunai pada para guru tersebut. Alhamdulillah selepas itu, para guru tersebut membeli segala barangan keperluan itu dan depa WA pada kami resit pembelian. Alhamdulillah selesai masalah.
4. Suatu perkara yang agak juga menarik perhatian saya di Kampung Labu Lanjut adalah Ketua Kampung dan Ajk beliau mengambil inisiatif mendapatkan khidmat para technician elektrik untuk membantu bagi mem”fix” masalah barangan letrik yang rosak seperti mesin basuh dan peti ais. Depa bagi free service.
Bagi saya, ini contoh kes berfikir di luaq kotak untuk menolong para mangsa banjir. Saya sendiri tidak terfikir perkara tersebut.
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang mungkin kita semua – termasuk saya – terlepas pandang bagi membantu para mangsa banjir.
Sebenaqnya, bantuan kepada para mangsa boleh diberi dalam banyak bentuk dan dimensi. Apa dia?
InsyaAllah sambung esok..