Apa berlaku selepas Najib didapati bersalah menyeleweng wang rakyat?

Oleh ARIF ATAN

Selepas Najib didapati bersalah menyeleweng wang rakyat, ini yang jadi:

1. Umno adakan mesyuarat tergempar untuk mengarahkan semua ahli parlimen desak pembubaran Parlimen.

2. Zahid cadang supaya PM mengadap YDPA Agong dan memohon perkenan untuk bubar Parlimen.

3. MT Umno, Puad Zarkashi dilantik (tidak menang pemilihan dan bukan Ahli Parlimen) sokong 200 peratus Zahid. Asyraf macam biasa.

4. Kem Zahid setuju dan sokong.

5. Tapi, lebih MT termasuk PM dan seorang lagi Naib Presiden senior tidak setuju.

6. Keputusan tidak memihak kem Zahid.

7. Zahid tinggalkan mesyuarat tanpa menggulung seperti kebiasaan, kenyataan media juga Zahid tidak keluarkan, sebaliknya Ahmad Maslan yang keluarkan kenyataan keesokannya.

8. Jalan depan tak jadi, Zahid gerakkan jalan belakang.

9. Iaitu buat macam yang berlaku di Perak dan Malaysia, tarik sokongan.

10. Zahid tak kisah walaupun PM dari Umno, yang penting nasibnya tidak menjadi seperti Najib.

11. Hasrat dia, tarik sokongan, adakan PRU, Umno menang, dia jadi PM, selesaikan kes mahkamah cepat-cepat.

12. Namun, tindakan itu dihidu kem penyokong-penyokong PM.

13. Penyokong Ismail Sabri adakan sidang media dan nyatakan sokongan penuh kepada PM.

14. Mahu Ismail kekal jadi PM hinggal habis penggal 2023.

15. Dalam masa berbaki, kemungkinan pemilihan Umno akan dilangsungkan.