Malaysia Dateline

Lim Kit Siang

Apa guna kemenangan individu jika negara rugi

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kemenangan individu tidak akan berguna jika akibatnya Malaysia yang diusahakan menjadi Malaysia Baharu mengalami kerugian.

Kata beliau, melihat kepada keadaan semasa, harapan dan keyakinan bagi membina Malaysia Baharu hasil peralihan kuasa yang aman dan demokratik pada 9 Mei 2018 lalu kelihatannya semakin kabur, bahkan akan mengecewakan.

Tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, baru-baru ini berlaku pendedahan rakaman audio mengejutkan mengenai seorang perdana menteri terlibat dalam jenayah penghianatan peringkat tinggi menghalang proses keadilan.

“Walaupun rakaman audio itu menarik perhatian berhubung pelbagai isu kepentingan umum, namun aspek yang mengejutkan bahawa Perdana Menteri boleh terlibat sebagai pihak yang melakukan jenayah penghianatan tidak diberi perhatian sewajarnya,” tulis beliau dalam blognya semalam.

Hal ini jelas beliau membangkitkan persoalan apakah gunanya kemenangan individu jika akibatnya negara mengalami kerugian.

“Kita tidak boleh biarkan perpecahan terus berlaku di Malaysia menerusi penyebaran berita palsu, ucapan kebencian dan permainan sentimen agama kerana ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagal,” kataya.