Masih ramai ulas dan komen terkait debat antara dua individu yang saling menyokong sehingga terpacul frasa “strong, formidable & convincing” suatu ketika dulu.
Apa pun yang dilontarkan kedua-dua individu tersebut asalnya adalah terkait isu Sapura yang nazak.
Sebenarnya, kedua-dua pendebat setuju dan akur Sapura perlu diselamatkan cuma caranya sahaja yang berbeza.
Si bakal Perdana Menteri cadangkan dilakukan audit forensik untuk kenal pasti punca kenapa Sapura berkeadaan begitu yang akhirnya selepas diketahui punca hasil audit forensikmya, tindakan susulan dilakukan.
Si bakal banduan lebih “direct”. Tidak perlu siasat lagi, kita sudah tahu Sapura tenat dan perlu diselamatkan segera dengan suntikan dana dan sebagainya.
Nampak? Tujuan kedua-dua bakal ini sama cuma caranya berbeza. Kita? Tak terkait langsung pun dalam debat tu. Apa hasil debat?