Malaysia Dateline

Apa hukum orang yang bersama dengan pemberi rasuah, tanya Hanipa kepada Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta memberikan pandangan beliau terhadap orang yang mendekati dan menyokong pemberi rasuah.

Bekas Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau setuju bahawa Islam melarang memberi rasuah sebagaimana yang dinyatakan ahli Parlimen Marang itu.

“Namun dia tidak nyatakan hukum orang yang bersama dan menyokong pemberi rasuah itu sendiri sebagaimana yang beliau dan partinya lakukan sekarang,” kata Hanipa kepada Malaysia Dateline.

Bagaiamanapun, kata Hanipa, beliau akan mengulas lanjut mengenai perkara ini dalam program live beliau malam ini menerusi siaran live di Youtube/Primafacie Media malam ini.

Dalam “live telecast” ini Hanipa Maidin insyaAllah cuba menjawab tentang beberapa isu yang dibangkitkan oleh Presiden Pas di dalam artikel dia bertajuk “Hapuskan Pemberi Rasuah” yang diterbitkan di dalam media rasmi parti tersebut iaitu harakahdaily.

Hanipa berkata, beliau akan cuba menjawab beberapa “points” yang dibangkitkan oleh Presiden Pas yang ada menyentuh tentang isu perundangan misalnya isu undang-undang mengenai pemberi maklumat (informer) yang dikatakan adalah pendekatan undang-undang barat versi Ahli Kitab yang jauh dari ruh dosa dan pahala.