Malaysia Dateline

Apa jantunglah dia guna! – Bapa tiga anak ini pecah rekod dunia lari 2 jam 1 minit dalam maraton

Orang ramai kagum dengan pencapaian luar biasa seorang pelari jarak jauh profesional yang juga bapa tiga anak dari Kenya ini sehingga tertanya-tanya apa jantunglah dia guna.

Eliud Kipchoge memenangi Maraton Berlin semalam dengan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri dalam acara maraton dengan catatan 2 jam 1 minit dan 10 saat.

Ia adalah kali kedua dia mencipta rekod rasmi dunia perlumbaan sejauh 42 km di ibu negara Jerman itu pada 2018 dengan catatan 2:01:39.

Kipchoge sempat mengambil botol minuman yang diberi oleh atlet triatlet, Claus-Henning Schulke.

Semasa berlangsungnya Maraton Berlin, Kipchoge, 37, mulanya dilihat akan menjadi pelari pertama mencatatkan masa di bawah dua jam pada separuh perlumbaan.

Seorang lagi atlet Kenya, Mark Korir menduduki tempat kedua dengan catatan 2:05:58s manakala atlet Ethiopia, Tadu Abate menduduki tempat ketiga dengan catatan 2:06:28s, lapor AFP.

Pada 23 September lalu, Kipchoge dilapor memberitahu dia hanya mahu ‘berlari pada perlumbaan yang baik’ dalam perlumbaan sejauh 42 km itu.

Baca juga ‘Senaman terbaik adalah suka hati kau’, pendapat perunding kesihatan ini tarik perhatian netizen

Baca juga Suka makan ikan bakar, banyak makan sayur direbus – Ini gaya pemakanan lelaki tertua di Malaysia