Malaysia Dateline

Apa jenis reformer ni yang sokong Sosma! Kata pengkritik bila Mahiaddin digelar reformis yang tidak didendang

Benarkah Tan Sri Mahiaddin Md Yassin adalah seorang reformis dan tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri sebagaimana yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat yang dipilih oleh beliau, Tan Sri Azhar Azizan Harun?

Bagi ahli Parlimen veteran, Lim Kit Siang, Azhar silap sama sekali.

“Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin “tidak pernah meminta” untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya tahu perkara ini kerana Mahiaddin telah meminta kepada saya untuk mendapatkan sokongan DAP untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri pada Julai 2016 – di mesyuarat gunting di dalam selimut di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur – di mana saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri,” kata Kit Siang menolak dakwaan Azhar itu.

Bagi veteran DAP itu, Mahiaddin juga akan diingati sebagai sebagai “overlooked reformer (reformis tersalah pandang) apabila beliau datang ke Parlimen baru-baru ini untuk mengundi menyokong Sosma agar disambung.

“Apa jenis reformer ni,” tanya Lim Kit Siang.

Bagi beliau, “Muhiaddin akan selama-lamanya diingati untuk lima kegagalannya” bukan sebagai reformis.

Antaranya:

(i) konspirasi Langkah Sheraton yang terkenal yang telah merompak mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan;

(ii) pengumuman daruratnya yang tidak sah dari segi perlembagaan selama enam bulan dan kegagalan dulu dan kemudiannya oleh Mahiaddin untuk melaksanakan perintah darurat;

(iii) permulaan pandemik Covid-19 selama lebih dari dua tahun, di mana Malaysia mendapat Menteri Kesihatan terburuk di dunia dan Malaysia jatuh dari sebuah negara dengan rekod yang baik kepada salah satu negara dengan rekod terburuk dalam melawan pandemik Covid-19;

(iv) kegagalannya untuk me-Malaysia-kan pemikiran politiknya, untuk beralih dari pemimpin politik yang pertamanya Melayu kepada seorang yang pertamanya rakyat Malaysia; dan

(v) Kabinet gergasi terbesar dengan 32 orang Menteri, 38 orang Timbalan Menteri, dan empat orang Duta Khas bertaraf Menteri.