Malaysia Dateline

Apa keputusan subjek Sains SPM Syed Saddiq?

Satu ciapan Twitter individu yang ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung cadangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tular menarik perhatian orang ramai.

Pengguna atas nama Farhan itu menempelak Syed Saddiq yang dakwanya bukan graduan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Dude, with all due respect as batchmate, you are not a STEM graduate. And let us not go futher into your SPM Science subject result. Stay in your lane please,” bidas Farhan.

Kenyataan itu susulan reaksi Syed Saddiq yang bersetuju dengan hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggunakan kembali bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

“Saya katakan PPSMI telah banyak membantu saya dan generasi saya, oleh itu saya menyokongnya,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri program Sekolah Pemimpin Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Syed Saddiq, 28, yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC) dengan ibunya seorang guru Bahasa Inggeris di Maktab Sultan Abu Bakar (English College).

Beliau yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009 merupakan generasi ketujuh dasar PPSMI yang kali pertama diperkenalkan secara tergesa-gesa oleh Tun Dr Mahathir mulai tahun 2003.

Syed Saddiq kemudiannya mengambil jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pernah mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili universiti itu.