Apa lagi tersembunyi di Malaysia yang ditembusi Mossad ini?

Apa lagi tersembunyi di Malaysia yang ditembusi Mossad ini?

WALAUPUN isu pembunuhan Dr Fadi al-Batsh ini kembali sejuk kerana curahan berita mengenai piihan raya, terfikir juga dalam isu ini apakah lagi yang tersembunyi dalam perut negara kita ini?

Pembunuhan Kim Jong-nam yang berlaku pada 13 Februari 2017 apabila dua wanita menyerangnya dengan ejen saraf VX, senjata kimia maut, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor, Malaysia, agak mengejutkan.

Lebih-lebih lagi Kim merupakan anak sulung diktator Korea Utara mendiang Kim Jong-il dan abang tiri diktator Korea Utara Kim Jong-un. Pembunuhan itu sedang disiasat tetapi secara meluas dipercayai telah diperintahkan atau yang dijalankan dengan kelulusan kerajaan Korea Utara.

Pada 14 Februari, polis Malaysia menahan seorang wanita Vietnam berusia 28 tahun bernama Đoàn Thị Hư KLIA berkaitan dengan serangan. Hương telah dikenalpasti menerusi rakaman kamera CCTV.

Pada 16 Februari, seorang wanita Indonesia berumur 25 tahun bernama Siti Aisyah telah ditangkap dan dikenal pasti sebagai suspek wanita kedua. Teman lelaki Aisyah, seorang warganegara Malaysia yang bernama Muhammad Farid Bin Jalaluddin berusia 26 tahun, turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ini tidak termasuk kehilangan MH-70 yang sehingga sekarang lenyap terus seolah-olah diculik UFO. Rasanya inilah cerita X-File terbesar dekad ini.

penculikan warga Turki

Bagaimana dengan kes yang didakwa penculikan ke atas warga Turki pada Mei 2017?

Dalam kes ini pihak polis mengesahkan dua warga Turki yang tinggal di Malaysia bukan hilang atau diculik tetapi ditangkap.

Ketua Polis Negara pada waktu itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua warga Turki iaitu Turgay Karaman dan Ihsan Aslan, ditangkap atas kaitan dengan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara.

Katanya, mereka ditangkap di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkait aktiviti keganasan.

Sebelum ini, FMT melaporkan 2 warga Turki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Gulen, kumpulan yang dituduh dalang rampasan kuasa yang gagal tahun lalu.

Sahabat dan ahli keluarga mendakwa mereka dicekup oleh lelaki tidak dikenali.

Karaman merupakan pengetua Time International School di Ipoh, manakala Aslan anggota Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia-Turki.

Rakaman CCTV di tempat letak kereta menunjukkan Karaman dibawa beberapa lelaki.

Menurut salinan laporan polis oleh kenalan Karaman, Suheyl Ozcelik yang dibaca FMT, dua kereta yang digunakan oleh penculik itu ialah sebuah Nissan Almera dan Proton Gen-2.

Menurutnya, beberapa lelaki mencekup Karaman di tempat letak kereta Wisma E&C di Damansara, pada 4.30 petang.

Menurutnya, Karaman berada di situ untuk menghadiri sesi taklimat berhubung peranannya sebagai saksi dalam perbicaraan sebuah kes jenayah di Mahkamah Majistret.

Kebimbangan terhadap nasib mereka adalah susulan kejadian sama yang menimpa beberapa warga Turki di Malaysia tahun lalu.

Pada Januari 2017, akhbar The Huffington Post melaporkan pegawai perisikan Turki menculik 3 rakyat Turki di Malaysia pada Oktober tahun lalu kerana didakwa terlibat dalam pergerakan Gulen, kumpulan yang menjadi tumpuan tindakan besar-besaran kerajaan pimpinan Erdogan, yang terselamat daripada cubaan rampas kuasa pada Julai 2016. Mereka yang diculik itu kemudian dibawa pulang ke Turki.

Kerajaan Turki sebelum ini dilapor meminta kerajaan Malaysia menutup sekolah yang mempunyai hubungan dengan pergerakan Gulen. Wujudkah hubungan atau perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Turki dalam hal ini?

pembunuhan Dr Fadi al-Batsh

Kes terkini pembunuhan jurutera asal Gaza, Palestin di Kuala Lumpur pada Sabtu, 21 April lalu bukan satu kejadian pembunuhan biasa, tetapi kelihatan seperti satu pembunuhan tersasar yang dirancang lama.

Dr. Fadi al-Batsh ditembak ketika berjalan kaki dari rumahnya ke sebuah surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh.

Latar belakang kehidupan beliau dan reaksi daripada kumpulan pejuang Palestin menunjukkan yang Dr. Fadi ialah seorang yang penting kepada perjuangan menentang Israel.

Mata pihak asing tertumpu pada Malaysia yang menjadi tempat warga Palestin ini tinggal. Musuh Palestin menganggap Malaysia melindungi orang Palestin.

Media seperti The Times of Israel juga melaporkan Malaysia jadi tumpuan pemuda Palestin mendapat latihan teknologi yang boleh digunakan dalam perang. Hamas pada Disember lalu telah meminta Malaysia membantu dalam usaha menentang tindakan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Apa lagikah yang tersembunyi dan tersimpan dalam perut negara ini?

Tokoh-tokoh penting dan popular yang menjadikan Malaysia tempat untuk berlindung, bermastautin dan bersembunyi seperti Dr Zakir Naik yang dikehendaki kerajaan India yang kerana didakwa terlibat dengan pertubuhan pengganas.

Jangan terkejut di satu hari nanti jika ada agen asing perisik dari India yang menyusup sebagai pelancong bertindak membunuh Dr Zakir pula.

Bayangkan walaupun pihak polis telah mengesan wajah suspek dan motorsikal yang digunakan, seolah-olah mereka telah dapat berhubung dengan orang di negara ini untuk mendapatkan senjata dan menyewa motorsikal.

Ini bermakna mereka juga mempunyai hubungan dengan orang di dalam negara ini yang juga bertindak sebagai pengintip bagi pihak mereka.

Adalah dipercayai mereka masih lagi bersembunyi di dalam negara ini dan bagaimanakah mereka merancang keluar pula. Ini adalah sesuatu yang menggusarkan. Terasa pula seperti filem-filem pengintipan buatan Hollowood.

Agak membimbangkan walaupun keselamatan negara mantap tetapi negara tidak terlepas daripada penyusupan agen Mossad misalnya. Ini adalah suatu amaran atau petanda awal bahawa Mossad boleh menjalan kegiatan di negara dengan cara terbuka bukannya sesuatu yang rahsia lagi.

Hubungan Malaysia dengan China yang penuh akrab akhir-akhir ini akan membawa banyak lagi situasi di belakang dan di sebalik tabir yang tidak diketahui rakyat di negara ini. Ini kerana China merupakan sebuah negara yang mengemukakan ancaman keselamatan komunis kepada negara kita disebabkan hubungan Parti Komunis Malaya dengan Beijing. Tetapi kini kita menjadi sahabat baik kepada mereka.

Tentulah ada sesuatu yang menarik jika dibongkarkan, daripada lawan oleh perbezaan ideologi kini mencari keserasian dari segi ekonomi sungguppun mempunyai kelainan dari segi pertemuan kebudayaan dan prinsip perjuangan antara komunis dan kapitalis.
____________________
Penulis ialah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Unisel.

6.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 5.0
CATEGORIES