Malaysia Dateline

Apa maksud tersirat bos atau orang politik tulis atas surat? Ini tips pegawai kerajaan wajib tahu, elak jadi kambing hitam

Arahan bos atau orang politik perlu dihadam dengan cermat oleh pegawai kerajaan bagi mengelak menjadi kambing hitam.

Sikap terlalu bersangka baik dengan bos lebih-lebih lagi ahli politik harus dielak atau anda tiba-tiba nanti diheret pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penjawat awam muda terutamanya perlu lebih berhati-hati apabila menerima arahan daripada pihak atasan kerana mereka cenderung akan cuci tangan apabila timbul sesuatu masalah pada masa depan.

Ikuti perkongsian ZAINUDDIN OMAR ini apatah lagi jika anda sebagai penjawat awam lazim menerima arahan secara lisan daripada bos:

Sebagai pegawai kerajaan anda perlu work smart dengan ahli politik/bos dan pastikan semua arahan mereka adalah secara bertulis.

Jangan terima arahan jika ianya setakat arahan mulut kerana anda mungkin akan jadi kambing hitam satu hari nanti.

Seorang ahli politik sangat femes memberi arahan secara bertulis dengan pensil. Jika ada masalah dia akan guna pemadam untuk padamkan arahan yang dicatitkan.

Pada pendapat saya adalah kesilapan besar berhusnuzon dengan orang politik. Mesti ada udang di sebalik batu apa-apa arahan mereka.

Dalam pengalaman saya, perhatikan apa maksud tersirat bos atau orang politik tulis (minitkan dan initial) atas surat kepada anda:

  1. Saya sokong.

Ini bermakna dia menyokong sahaja apa-apa permohonan dalam surat dan anda yang akan buat semua keputusan. Apa-apa implikasi dari keputusan adalah menjadi tanggung-jawab anda dan dia akan lepas diri jika ada masalah.

  1. Sila laksanakan.

Ini bermakna dia mengarahkan anda untuk melakukan apa-apa yang tercatit dalam surat dan adalah tanggung-jawab dia kerana mengarahkan anda melakukannya. Anda boleh terlepas jika dikambing hitamkan.

  1. Sila maklum.

Ini hanya mahu memberitahu anda apa yang sedang berlaku dan anda mungkin diberi arahan seterusnya nanti. Berhati-hati.

  1. Sila bincang.

Dia panggil anda untuk berbincang dan selalunya akan beri arahan mulut sahaja. Pastikan apa-apa arahan dia dicatat dan ditandatangani di surat.

  1. Untuk tindakan/sila uruskan.

Ini bos tak tahu apa arahan nak bagi dan terpulang pada anda untuk membuat tindakan sendiri. Berhati-hati kerana apa-apa tindakan diambil anda akan bertanggungjawab.

  1. Sila cakap.

Ini arahan stail lama yang bermaksud anda perlu jelaskan kepada bos apa masalah sebenar.

  1. Diluluskan.

Tiada masalah arahan ini kerana tanggungjawab dia meluluskan.

  1. Fyi (for your info).

Baca dan failkan.

  1. Sila pertimbangkan.

Dia arah anda luluskan dengan cara lembut. Anda akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa masalah nanti.

  1. KIV.

Masukkan dalam tong sampah.

Semoga bermanfaat.

Baca juga Boleh pula harga berbeza ikut warna kulit, ramai kongsi pengalaman sendiri selepas tonton aksi parodi pemuda ini

Baca juga Bahaya minum air hujan, profesor ini dedah kawasan terpencil pun tidak terkecuali