Apa maksud tiba-tiba ada bendera Malaysia dalam drama Korea Squid Game 2?

Oleh KIM SYAZIE

Salah satu episod dalam drama bersiri popular di Korea Selatan iaitu Squid Game 2 menjadi tumpuan rakyat di negara ini.

Ia selepas bendera Malaysia didapati berada dalam satu babak drama berkenaan sekaligus membuatkan ramai terkejut dan teruja.

Bendera Jalur Gemilang dapat dilihat dalam episod keempat siri berkenaan ketika babak pemain sedang mencari ahli kumpulan untuk permainan kedua dalam drama tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa bangga dan kagum kerana bendera kebanggaan Malaysia diselitkan dalam salah satu siri paling popular di dunia.

Namun apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana pula secara tiba-tiba bendera Malaysia dipaparkan dalam drama Korea Selatan itu?

Difahamkan, dalam beberapa cabaran Squid Game 2, banyak permainan tradisional Malaysia yang diambil sebagai cabaran kepada para peserta seperti batu seremban, dan gasing.

Perkara itu juga menjawab tanda tanya ramai mengapa drama berkenaan dipromosi secara meluas di negara ini.

Baca juga: “Suami aku sanggup buat loan sebab nak join ‘trade’, aku sampai bergadai habis barang kemas…”