Malaysia Dateline

Apa niat Shamsul persoal jumlah graduan PhD UPM, soal AMK Sabah

Tindakan Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Shamsul Iskandar Akin mempersoal kemampuan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melahirkan 400 graduan PhD setahun seolah-olah mempertikai kemampuan mahasiswa yang berusaha mendapatkan PhD.

Ketua Peneranga AMK Sabah Razeef Rakimin memperoalkan kamampuan UPM itu juga seperti mempertikai kemampuan para pensyarah termasuk universiti berkenaan.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Shamsul yang mempersoalkan kemampuan UPM melahirkan 400 graduan PhD dalam tempoh setahun.

“Saya masih tidak jelas mengapa isu kemamouan UPM melahirkan 398 graduan PhD perlu dipersoalkan. Tindakan ini seolah-olah mempertikai kemampuan graduan itu sendiri yang selama ini berusaha keras untuk mencapai cita-cita memiliki PhD,” katanya.

Jika diteliti pada rekod lalu, katanya jumlah graduan PhD UPM pada 2018 adalah sebanyak 630 manakala pada 2019 adalah seramai 632 graduan.

“Namun konvokesyen baru-baru ini walaupun untuk pengajian tamat 2020 dan 2021 yang terbantut akibat pandemik Covid-19, hanya 398 sahaja graduan yang berjaya lulus.

“Beliau juga merujuk kepada universiti terbaik luar negara yang didakwa hanya mampu melahirkan 20 graduan PhD setahun,” katanya lagi.

Pada tahun 2021, Harvard University menganugerahkan 572 PhD dan itu hanya di fakulti Sains Seni katanya ini tidak termasuk fakulti lain termasuk 594 ‘Doctor Of Law’ dan lain-lain fakulti.

Selain itu Stanford University menganugerahkan 770 Ijazah Kedoktoran pada 2020 dan Massachusetts Institut Of Technology (MIT) menganugerahkan sehingga 682 PhD setahun.

Begitu juga beberapa Universiti tempatan dan mengikut rekod pada tahun 2018 Universiti Malaya (503), Universiti Sains Malaysia (528), Unibersiti Kebangsaan Malaysia (530), Universiti Teknologi Malaysia (510) dan Universiti Utara Malaysia (341).

“Saya diberitahu terdapat 1,791 Pensyarah di UPM yang mana 1,649 daripadanya memiliki PhD. Adalah lebih baik jika Shamsul lebih memikirkan bagaimana membantu 75% Pensyarah yang memiliki PhD di UPM yang masih gagal mencapai KPI untuk melahirkan seorang graduan PhD setahun,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan apakah niat sebenar Shamsul mempersoalkan jumlah graduan PhD UPM ketika negara cuba mencapai lebih ramai graduan PhD pada 2025?

Justeru beliau menasihatkan Shamsul jika ingin menjadi jaguh isu, carilah isu yang menjadi masalah kepada rakyat dan negara hari ini.