Apa perkembangan perlantikan Gabenor Bank Negara yang baru?

Apa perkembangan perlantikan Gabenor Bank Negara yang baru?

Dalam perkembangan politik yang panas, tumpuan terhadap perlantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baru perlu diberikan perhatian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManDalam perkembangan politik yang panas, tumpuan terhadap perlantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baru perlu diberikan perhatian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peringatan Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bahawa BNM perlu kekal sebagai badan bebas daripada sebarang pengaruh politik perlu diambil serius.

“Kerajaan wajib melupakan kecenderungannya dalam mencabuli kebebasan BNM.

“Sehingga kini, PM masih tidak memberikan sebarang petanda bahawa beliau bersetuju dengan Zeti dalam perkara ini.

“Rakyat menanti jaminan PM bahawa Bank Negara akan bebas dari campurtangan ahli politik. Jaminan ini sangat penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dapat dipertahankan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Tuan Ibrahim lagi, Pas telah menegaskan bahawa BNM adalah satu-satunya institusi yang masih dipercayai rakyat Malaysia, perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Justeru calon yang menggantikan Gabenor BNM mestilah dari kalangan mereka yang bebas politik.

“Dengan kemelut 1MDB yang masih bergema di seluruh dunia, mereka yang pernah melibatkan diri di dalam kabinet Perdana Menteri dan mana-mana parti politik BN mestilah ditolak sebagai calon gabenor BNM yang baru.

“Ini penting untuk menjaga imej dan integriti BNM memandangkan PM Najib sehingga hari ini masih enggan menyaman WSJ.

“Ia bertujuan mengekalkan keyakinan rakyat dan antarabangsa terhadap BNM, Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru mestilah seorang yang berani dan tegas, adil, berpihak pada kebenaran dan berkemampuan seperti Tan Sri Zeti untuk melakukan perkara yang betul apabila berdepan dengan isu seperti 1MDB dan ekonomi yang mencabar,” ujarnya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, Pas memohon agar Tan Sri Zeti diberikan lanjutan kontrak sekiranya laporan audit 1MDB memerlukan beliau mengambil tindakan tertentu.

“Biar Tan Sri Zeti memenuhi hasratnya untuk melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum bersara.” katanya.

TAGS