Orang Timur terutamanya gadis Asia memang tak lari dengan amalan petua kecantikan untuk kulit wajah. Bahan yang digunakan adalah berasaskan semulajadi yang selalunya boleh didapati daripada dapur rumah sendiri.
Pernah dengar selalu orang sebut kulit gadis negara Thailand, Jepun, Korea, Indonesia dan juga Malaysia ni lebih cantik, halus mulus, lembut berbanding kulit gadis negara Barat?
Walaupun disebabkan pengaruh teknologi moden ada antara negara tersebut terkenal dengan pembedahan plastik, namun kebanyakan mereka masih mengikut petua turun-temurun nenek moyang.
Kecantikan asli yang dimiliki membuatkan ramai cemburu dan pengusaha produk kosmetik dan kecantikan pun tercari-cari apakah rahsia kecantikan alami mereka.
Di sini saya kongsikan bahan-bahan semulajadi yang digunakan oleh gadis Thailand untuk tujuan kecantikan kulit secara alami.
Bahan-bahan ni mudah didapati di rumah. Lepas ni kalau beli untuk masak, boleh simpan sikit untuk habuan memanjakan kulit
4 bahan semulajadi untuk kecantikan kulit
Santan kelapa
Selain dibuat masakan, santan kelapa amat bermanfaat untuk kulit wajah. Cuba campurkan santan bersama satu sudu garam dan minyak kelapa wangi. Kemudian, sapukan ke seluruh wajah hingga ke tubuh badan. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan air suam.
Juga boleh campurkan santan dengan serbuk cendana lalu dioleskan ke seluruh wajah selama 15 hingga 20 minit. Ia sangat efektif membersihkan pori-pori dan membantu menghilangkan sel kulit mati, hasilnya, wajah lebih lembut dan gebu.
Buah Betik
Bukan sahaja sedap untuk dimakan malah betik sebenarnya mempunyai bahan rahsia yang sesuai untuk mencantikkan kulit wajah. Betik mempunyai vitamin C dan E serta agen antioksida. Kebanyakan gadis Thai menggunakannya sebagai masker wajah.
Selain itu, vitamin yang terdapat pada buah betik amat berguna melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kedutan pada kulit. Ini membantu mengelakkan kita kelihatan lebih tua pada usia muda. Betik juga berguna untuk menghilangkan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan bintik-bintik hitam.
Kunyit
Seperti mana betik, kunyit juga memiliki agen antioksida. Gadis Thailand juga menggunakan serbuk kunyit untuk mendapatkan wajah yang licin dan bebas jerawat. Lagipun kunyit sungguh murah untuk dibeli dan amat mudah untuk dicari.
Kehadiran antioksida, vitamin C dan E amat berguna bagi melambatkan kerosakan sel kulit serta memperbaiki kulit yang rosak akibat kesan jerawat. Hanya lumurkan kunyit pada wajah dengan campuran susu cair. Kita boleh rasa sendiri perbezaan sebelum dan selepas menggunakan petua ni.
Beras
Kepercayaan gadis Thai tentang kepentingan beras pada kecantikan kulit tuan puteri negara Thai memberi ilham penggunaan bahan semula jadi ini untuk kecantikan kulit. Selain daripada vitamin B dan E, beras juga memiliki enzim ceramide yang berupaya menyempurnakan proses penambahbaikan kulit wajah.
Sabun beras yang dijual di pasaran kini berupaya menegangkan kulit wajah dan memutihkan kulit secara alami. Beras juga boleh dijadikan lulur di tangan dan juga badan. Bilasan dengan air suam akan membawa sekali kekotoran pada kulit dan akhirnya kulit nampak lebih berseri daripada kebiasaan.
Senang sangat kan petua-petua ni? Selalu kita kagum dengan kemulusan gadis Siam. Kalau tengok orang Kelantan bersempadan dengan Siam tu, putih-putih dan gebu-gebu kulitnya. Tapi kali ni kita boleh cuba rahsia kecantikan gadis negara Gajah Putih ni.
Untuk pastikan kulit boleh dapat nutrien lengkap, ada juga makanan tambahan yang berasaskan bahan semulajadi yang kita boleh ambil seperti antioksidan, kolagen, B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Penjagaan daripada dalaman boleh menyerlahkan lagi kecantikan luaran.
Baca juga: Anda selsema ini caranya, tapi ada satu bahan tak logik boleh sembuhkan selsema