Apa salah Menteri bila ayam naik harga?

Oleh BORHAN AHMAD

Ayam naik harga sebab:

Dedak naik harga

Dedak naik harga sebab soya, jagung dan minyak sawit naik. Ikut pasaran dunia. 3 bahan itu adalah bahan utama untuk buat dedak. Jagung dan soya adalah barangan impot.

Dedak naik harga sebab kos shipping naik harga. Juga sebab duit kita jatuh. Beli bahan mentah untuk buat dedak jadi mahal.
Ayam naik harga sebab ayam kurang. Pekerja asing tak ada, nak ternak dan proses ayam.

Ayam naik harga sebab ayam lambat besar. Cuaca hujung tahun banyak hujan dan sejuk. Untuk close house ok. Tapi untuk open house memang menderita nak dapat result ayam yang baik.

Ayam naik harga sebab penternak diugut. Kerajaan akan import ayam. Maka penternak kurangkan kemasukan ayam. Jadi part ni MEMANG BODO PIAAAAAAAANG!!!

Joni memang pencuri paling handal di kampung mereka. Suatu hari dia ugut Tijah.

“Tijah, malam ini aku akan datang mencuri emas yang kau pakai ini” jerit Joni.

Maka malam itu. Tijah mestilah menyembunyikan semua emas yang dia pakai. Dan mengajak kawan dia yang ada senapang untuk tidur dirumah dia. Senapang tembak tupai pun jadilah.

Dan Tijah juga dah lapur Polis. Kejadian Joni ugut dia. Dan berharap agar Polis ronda dikawasan rumah dia malam itu.

KALAU TIJAH PUN CERDIK MACAM TU. KAMU SEMUA INGAT PENTERNAK AYAM NI BODO PIAAAAANG KA?

Dah kena ugut nak masukkan ayam import. Nak lambakkan ayam import. Supaya harga turun. Jadi kami penternak ni nak masukkan ayam banyak-banyak kah?

Kah kah kah
————-
Penulis adalah Pengarah Urusan sebuah syarikat penternakan ayam di utara tanah air. Ini adalah catatan beliau dalam facebook kenapa harga ayam naik.