Apa salahnya berbeza pendapat

Ketika saya membaca ‘serangan’ golongan tertentu – iaitu dikalangan sesetengah yang bergelar agamawan – saya merasa ada satu keanehan, malah tanda tanya.

Iaitu bagaimana ada pihak yang tidak bersedia dengan sikap terbuka, menerima pEndapat orang lain yang berbeza dengannya.

Sedangkan Islam menganggap perbezaan pendapatitu suatu rahmmat, asalkan hujah yang dikemukakan tidak melanggar petunjuk yang ada dalam Al-Quran dan hadis.

Ini pandangan yang telah diketahui umum.Saya telah menekuni Kitab Muwattaq oleh Imam Malik. Ia mengisikan pandanan Islam dalam hukum hakam yang luas.

Kitab yang hebat itu dicadangkaan oleh oleh penduduk Madinah, tempat kitab itu ditulis, tetapi Imam Malik, penulis kitab itu sendiri menolaknya denan alasan, biarkan ada pandangan lain yang berbeza.Kita terima perbezaan ini, katnya.

Pandangan Imam Malik, salah seorang imam mazhab yang termayhur ini mencerminkan keterbukaan seorang ulama besar.

Dalam sejarah Islam sendiri, wujud empat Imam Mazhab – Maliki,Hambali, Hanafi dan Shafie. Masing-masing dengan pendapat  masing-masing, berdasarkan suasana di mana para imam mazhab itu hidup dan berkembang, menurut situasi yang ada.

Sepangjang sejarahnya, tidak wujud berdebatan terbuka, apalagi pertelingkahan yang seteru.

Tiba-tiba kini, ada pihak yang saling cabar mencabar, mempamerkan ego yang luar biasa, menunjukkan dialah yang hebat, sedangkan ilmunya tidaklah seberapa.

Sikap angkuh seperti ini sama sekali entah dari mana diambilnya. Tetapi sudah tentu bukan datang dari Islam, justru Islam sebagai  Rahmatan Lil-Alamn, menebarkan kefahaman Islam yang luas, menjadi contoh untuk membina keehidupan bermasyarakat.

Dalam hal ini saya teringat akan kata-kata seorang ulama – dalam sebuah catatannya – bahawa ‘orang alim’ yang hanya mahu pandangannya diteriama, maka mata ‘orang alim’ itu, sama seperti mata ikan kering yang tidak bergerak-gerak. Jika anda ke pasar, perhatikanlah mata ikan kering yang tergantung.

Oleh itu, pihak yang tidak habis-habisnya melayani kesombongan itu, bukan saja di kalangan agamawan, tetapi juga orang politik dan semuanya, supaya mereka berhenti melayani keangkuhan.

Orang bijak sana menghormati pandangan orang lain.