Malaysia Dateline

Kamarudin Meranun

Apa salahnya berdoa, soal CEO AirAsiaX

“Apa salahnya berdoa? Saya juga akan melakukan perkara sama,’ itulah luahan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.

Tambah beliau lagi, :”Apa jua agama terutama apabila anda berada dalam kedudukan yang tegang, mencari keredhaan ilahi semasa melakukan apa saja yang mungkin dilakukan oleh manusia.

“Membuat kenyataan selalu mudah apabila anda dalam kedudukan selamat. Keadaan seperti ini tidak akan mudah untuk diurus, tetapi objektifnya sangat jelas, untuk mendaratkan pesawat dengan selamat dan memastikan keselamatan semua di atas kapal, dan Alhamdulillah itu yang mereka lakukan.

“Dia berada dalam keadaan tenang dan terkawal, sebagai seseorang yang mempercayai (doa) dia meminta semua orang untuk berdoa dengannya ketika dia mengawal pesawat untuk keselamatan,” tulisnya di dalam facebook.

Ia susulan kritikan Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim terhadap juruterbang AirAsia X yang meminta penumpang berdoa ketika memutuskan untuk berpatah balik ke Perth.

Semalam, menerusi laman Twitter, Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan juruterbang itu sebagai “tidak bertanggungjawab”.

“Juruterbang AirAsia menggesa penumpang untuk berdoa ketika penerbangan Perth mengalami masalah.

“Saya lebih suka kalau juruterbang tidak memberitahu bahawa ajal saya sudah hampir.

“Juruterbang perlu memberi harapan. Jika AirAsia berminat kepada doa, ambil imam dan paderi sebenar,” katanya Zaid.