Malaysia Dateline

Apa sudah jadi? Murid tahun 6 sudah pandai tulis surat cinta berahi ajak rakan perempuan jumpa ditandas!

Murid tahun 6 sudah pandai menulis surat cinta berunsur berahi dan lebih mengejutkan isi kandungan surat itu tidak mencerminkan cara pemikiran murid di peringkat sekolah rendah.

Mana tidaknya, surat luahan isi hati murid lelaki itu turut mengandungi kata-kata berunsur gangguan seksual kepada si gadis.

Surat cinta itu kini bertebaran di media sosial di mana budak lelaki tahun 6 itu mengajak rakan perempuan berjumpa di tandas

Surat yang dimuat naik di akaun Twitter @tanyakanrl itu dikongsikan seorang individu kerana bingung dengan perlakuan rakan kepada adik sahabatnya.

“Adik pengirim daripada kelas 6 SD (sekolah dasar) baru cerita yang dia terima surat ini daripada rakan sekelasnya.

“Ada apa-apa cadangan tentang tindakan yang boleh diambil?” tanya individu berkenaan.

“I love you! Aku ingin menyatakan bahawa aku teringin agar kamu ji* ko* dan aku akan ji me*** di kamar mandi, boleh?

“Kamu begitu manis dan cantik. Jika (jawapannya) ‘yes’ esok tunggu aku di kamar mandi cowok (lelaki).

“Kalau ‘no’ kamu buang kertas ini dan tampar aku sebelum pulang,” demikian antara kandungan surat penuh berahi itu.

Rata-rata netizen terkejut dengan apa yang dikongsikan dan meminta agar melaporkan hal berkenaan kepada pihak sekolah dan waris pelajar lelaki tersebut.

“Sistem sekolah harus diubah, kita berdepan rintangan yang lebih sulit.

“Lapor kepada gurunya. Bawa juga adiknya (penerima surat) kepada kaunseling. Ini gangguan seksual.

“Boleh tulis begitu? Hal ini mesti diberitahu kepada orang tuanya dan pihak sekolah kerana tidak wajar murid tahun enam berkelakuan begitu.

“Sangat menyeramkan! Tahun enam pemikirannya sudah begitu. Jika dibiarkan kelakuannya akan berpanjangan sehingga besar,” demikian antara komen netizen, di petik Mstar.com

Untuk rekod kejadian yang berlaku di Indonesia ini turut mendapat liputan meluas media di negara itu.

Baca juga: ‘Tapau’ semua parti-Indentiti lelaki ini buat netizen keliru, ada yang kecam sambil gelak