‘Tidak ngam’ dengan orang yang kuasa lebih tinggi boleh membunuh kerjaya, tetapi ada beberapa strategi yang dapat menjadikannya lebih terkawal.
Adalah sukar apabila anda ‘tidak bersetuju’ dengan atasan anda.
Bagaimana anda sanggup dan bersedia tidak bersetuju dengan atasan anda yang kemungkinan besar mempunyai kekuatan untuk berpotensi memecat anda?
Apabila anda menyuarakan sesuatu isu, anda berisiko dilihat sebagai staf sukar atau musuh. Apabila anda diam, anda mungkin kelihatan tidak jelas atau berpuas hati.
Kebanyakkan dari kita takut untuk mengemukakan idea yang bertentangan kerana kita rasa ini akan menimbulkan konflik.
Tetapi andainya kita mempunyai ‘pihak atasan’ yang bersedia mahu kita turut berjaya, seringkali kita terkejut kerana dapat mengatakan sesuatu dan tidak begitu buruk seperti yang kita sangka. Yang jelas, persekitaran kerjaya Malaysia tidak menunjukkan sedemikian,
Kita diambil bekerja kerana kita semestinya adalah aset, dan sepatutnya kita diberi peluang untuk membawa dan berkongsi pengalaman serta sudut pandang ke meja perbincangan:
Membawa sesuatu pandangan pada waktu yang tidak tepat sering menimbulkan malapetaka untuk apa jua masalah yang anda cuba atasi.
Apa yang sering berlaku ialah ramai merasakan pendapat mereka adalah tidak penting, jadi mereka sering mendiamkan diri.
Oleh itu, pilih saat yang tepat, kemungkinan sembang peribadi untuk membincangkan perkara.
Kunci dalam sebarang rundingan adalah memahami apa yang di nilai pihak lain.
Cara terbaik untuk membuat mereka mendengar adalah dengan cuba mengingat kembali bahawa anda memahami apa yang penting bagi mereka.
Ini mungkin memerlukan beberapa kerja detektif dari pihak anda.
Jadi sebelum anda menyatakan pandangan yang bertentangan, “Anda harus memahami apa yang anda tidak setuju pada dasarnya.”
Sekiranya anda menyampaikan maklumat dengan cara yang betul, anda mungkin mengubah fikiran atasan anda mengenai sesuatu perkara dan membiarkannya sampai pada kesimpulannya sendiri.
Pendekatan ini biasanya memerlukan lebih dari satu perbincangan, jadi jangan berputus asa.
Kebiasaannya, apabila pihak atasan berurusan dengan pasukan, mereka terbeban dengan banyak perkara terutama dari apa yang tidak berfungsi dan keluhan.
Kebiasaannya juga, pihak atasan berusaha untuk kelihatan dan bertrampilan baik, dan jika anda dapat membantunya melakukannya, anda mempunyai peluang lebih besar untuk berjaya.
Walau apa pun, sampaikan pemikiran anda selagi masih ada kemungkinan peluang untuk bertindak.
Kadang-kadang ada orang lain akan menyuarakan pandangan yang tidak dipersetujui ketika tidak ada apa yang dapat dilakukan, dan itu tidak produktif.
Tetapi setakat yang anda boleh, bertindaklah segera.
Kemungkinan juga, kita berpeluang untuk menuturkan buah fikiran tetapi tidak ada yang akan berubah. Dan kita harus bersedia secara mental untuk kemungkinan itu.
Biasa juga ‘pandangan dan pendapat’ anda mungkin diambil, tetapi mungkin tidak diambil dengan baik, kerana tidak akan mengubah apa-apa.
Atau ianya diambil tetapi ‘orang lain’ akan menggunakannya dan mengaku bahawa itu adalah ‘idea’ mereka.
“Ambil buah itu dan buatlah air minuman buah-buahan’ (Gooler Loeb).
Kita harus cuba belajar dari itu atau memahaminya, walaupun anda tidak setuju dengannya.
Mencuba memahaminya sekurang-kurangnya dapat menolong anda untuk menyokongnya.
Sekiranya anda mendapati diri anda berada di salah satu kedudukan di mana anda tidak dapat bertatapan langsung dengan atasan anda dalam apa hal sekali pun atau mereka sepertinya tidak menginginkan maklum balas anda, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari tempat lain di mana anda boleh menghormati atasan anda atau di mana idea anda dapat didengar.
—————
Azizi Ahmad adalah pembaca yang memilih untuk menyuarakan pandangan.