Menteri Agama (Mentega) Idris Ahmad seperti masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri. Menteri adalah figura dalam masyarakat. Ia akan menjadi tempat rujuk.
Apa lagi kepada wartawan, para menterilah yang akan diajukan apa-apa persoalan apabila ada isu yang tidak beres atau perlu penjelasan lanjut.
Saya dengar kilik video perbualan seorang wartawan dengan Mentega yang minta mengulas berhubung langkah kerajaan Kedah mengharamkan perjudian. Tentulah wartawan itu ingin penjelasan lanjut mengenai mekanisme dan implikasi kepada undang-undang dan masyarakat berbilang kaum apabila larangan itu dikuatkuasakan.
Malangnya, niat baik wartawan berkenaan dalam menjalan tugas tidak dilayan dengan sewajarnya oleh Mentega dan seorang lagi rakannya yang juga berjawatan timbalan menteri iras-iras nyir dimakan bulan.
Apabila wartawan tanya mengenai hal judi, Mentega terus bertanya balik kepada wartawan itu, “apakah kamu suka kalau suami kamu berjudi?” Pertanyaan balik Mentega itu sebagai menempelak wartawan berkenaan.
Aduh… soalan return itu tidak ada kena mengena Mentega weh, ia tidak menjawab persoalannya. Dalam situasi serius begitu, Mentega tidak sepatutnya menempelak wartawan itu hatta dia bukan Islam sekali pun. Dia kena bersikap profesional dan menjawabnya tanpa emosi dengan soalan itu. Kalau tidak ada akal, kata sahaja no comment.
Apabila mengenangkan sikap Mentega ini saya teringat kisah si Joha yakni Pak Pandir Arab yang sering dikisahkan gemulah Tok Guruku Nik Aziz. Perangai si Joha ini lebih kurang sama dengan Mentega itu.
Suatu hari Joha bertemu dengan seseorang dan bertanyakan orang ditemui itu; bertanya tentang kebun dan binatang ternakannya. Lantas, orang yang ditanya itu membalas balik kepada Joha, kenapa kaum tanya aku, kamu kenal bila dengan akukah?
Jawab si Pandir Arab selamba; aku tanya begini, sebab aku tengok mukamu serupa dengan muka aku.
Satu lagi kisah, satu hari si Joha ini sedang makan gula-gula. Beberapa orang budak-budak mengerumuninya mahukan gula-gula itu. Si Joha ini terkenal dengan kedekut dan punya akal untuk menipu.
Sebelum budak-budak menerpa ke arahnya, dia memberi tahu budak-budak, “di sebelah sana ada orang kaya sedang membahagi-bahagikan gula-gula. Kamu pergilah ke sana, tentu dapat banyak gula-gula.”
Begitu mendengar kata si Joha budak-budak berlarian, untuk merebut gula-gula itu. Melihat budak-budak berlarian, Joha juga ikut berlari untuk mendapatkan gula-gula. Walhal, dia hanya menipu budak-budak itu, tetapi kerana kedunguan dirinya sendiri tertipu sama.
Mengeta itu lebih kruang si Joga atau Pak Pandir Arab itulah juga dalam melayani wartawan itu. Jangan dibuat perangai begitu, buruk.