Apabila Pas tidak relevan, semakin terpencil

Semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan mengetahui nasib masing-masing pada hari Sabtu 18 Jun ini, iaitu hari mengundi PRK tersebut.

Sudah tentu yang akan bertarung dalam PRK ini ialah antara Umno/BN dengan calon Pakatan Harapan yang diwakili Amanah.

Adapun parti PAS tidak berada dalam Pakatan Harapan. Ertinya di sini, Pas bersendirian dan terpencil, serta tidah releven. Malah ada tanda tanya besar sama ada Pas akan mengadakan hubungan rapat dengan Umno, justru beberapa pihak di dalam Pas sendiri sudahpun menyuarakan kecenderungan ini.

Indikasi keputusan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini nanti adalah petunjuk awal akan kemampuan Pakatan Harapan untuk menggantikan Umno/BN.

Di sini peranan Pas, hampir tidak ada sama sekali, justru ia tidak berada dalam Pakatan Harapan.

Dalam hubungan inilah sangat menarik pandangan bekas menteri BN, Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan bahawa, pengundi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak perlu mengundi calon Pas dalam pilihan raya kali ini kerana parti itu tidak berpeluang untuk menang menyebabkan mengundinya membazir saja.

Bagi pengundi Melayu, tidak perlulah mengundi Pas, kerana membuang masa saja disebabkan Pas tidak akan menang. Beerti di sini mengundi untuk parti yang tentu kalah buat apa, katanya.

“Pas sudah menjadi parti yang tiada perjuangan. Jadi jangan undi Pas, tapi undi Azhar, calon Amanah,” kata Zaid dalam ucapannya kolokium 1MDB, anjuran Pakatan Harapan melalui kumpulan Deklarasi Rakyat di Sekinchan beberapa hari lalu.

Oleh itu, katanya, bagi membolehkan undi mereka penuh bermakna dalam pilihan raya ini, mereka perlu undi Amanah.

Beberapa penganalisis politik memang berpendapat bahawa Pas memang sudah terpencil dalam gelanggang politik negara dan sudah tidak releven lagi. Sikap pemimpinnya hendak menjadikan Pas sebagai ‘penasihat’ kepada kerajaan Umno/BN sangat aneh, lebih-lebih lagi melihatkan parti itu semakin rapat dengan Umno dan semakin ‘mesra Umno’.

Oleh itu jika ia hanya menjadi penasihat Umno, walaupun belum lagi menanggalkan tage-linenya sebagai parti politik, maka apa perlunya pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar mengundi Pas.

Sementara itu, menarik diperhatikan dari beberapa sudut, iaitu mengapa kini, terutama dalam kempen dua pilihan raya kecil ini, Pas menumpukan ‘serangan’ bertubi-tubi, malah luar biasa, terdadap Amanah.

Pelbagai tuduhan, kecaman, sindiran, gelaran dihalahkan kepada Amanah menerusi ceramah pimpinannya di pelbagai peringkat, kenyataan media, face-book dan lain-lain.

Antara tuduhan berat pemimpin PAS terhadap Amanah, ialah parti itu dituduh sebagai boneka DAP dan ‘mengundi Amanah, bermakna mengundi DAP. Pada hal ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat dahulu Pas sangat ‘freandly’ dengan DAP, malah mendakwa mendapat banyak bermanfaat bersahabat dengan DAP.

Apa makna serangan bertubi-tubi PAS terhadap Amanah, bukan kepada Umno, kalau bukan kerana melihat Amanah sebagai ancaman kepada Pas dan Pas merasakan semakin terpencil atau terpinggir kesan dari kehadiran Amanah di persada politik tanah air.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk pemerhati politik menganggap Amanah sebagai sebagai parti politik masa depan tanah air kerana wataknya yang dinamik, peduli rakyat, memperjuangkan konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’, dan demokratik.

Kalaulah Amanah dilihat hanya sebagai parti kecil, tidak dirasakan kehadirannya, seperti ‘melukut di tepi gantang’, sudah tentu Pas tidak merasakan terancam dengan kehadiran Amanah. Tetapi, kita percaya serangan Pas terhadap Amanah itu, ialah kesan dari melihat Amanah mengancam kedudukannya dan kehadirannya semakin dirasakan.

Keputusan dua pilihan raya kecil 18 Jun ini nanti, mempunyai makna yang sangat besar. Bagi Amanah, semada ia menang atau kalah, ia tetap hadir dan releven untuk berkhidmat kepada negara, masyarakat, menghidupkan demokrasi dan kemanusiaan.

Maka itu, kita yakin, pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bijak memilih parti mana yang relevan.

COMMENTS

Wordpress (0)