Malaysia Dateline

Apakah ada pihak luar tekan pihak Istana?

Timbul tanda tanya berhubung perkongsian Titah Yang di-Pertuan Agong  (YDPA) di Facebook Istana Negara apabila pentadbirnya menukar tulisan tebal (bold) kepada tanpa bold.

Sebelum ini, tertera Titah YDPA iaitu ‘Parlimen perlu diadakan secepat mungkin’ dengan menggunakan tulisan bold namun tidak berapa lama kemudian perkataan ditukar tanpa bold.

Sementara itu Senator Aiman Athirah Sabu menzahirkan rasa hairan kenapa pentadbir Facebook Istana Negara menukar dari bold kepada tidak bold.

Ini kerana tulisan bold biasanya memberi gambaran sebagai satu penekanan atau peringatan yang serius.

“Apakah ada pihak luar yang menekan pihak Istana sehingga berlaku insiden ketara seperti ini, di mana tanda tulisan tebal (bold) telah ditukarkan kepada tanpa ‘bold’?” soalnya di facebook.

Daripada tinjauan di komen-komen Facebook Istana Negara ramai netizen turut mempersoalkan perkara yang sama bagaimanapun mereka percaya sama ada ‘bold’ atau tidak kerajaan wajar menuruti sebagaimana yang dititahkan YDPA.