“Apakah benar menceraikan isteri demi ibunya akan mendapat syurga Firdaus?” – Satu dewan menangis dengar luahan wanita

Oleh MAISARAH AISYA

Ada sebab mengapa ibu bapa dilarang masuk campur dalam hal rumah tangga anak kerana kebanyakan masa ia akan berakhir dengan pergaduhan lebih besar.

Itulah yang dilalui seorang wanita, Azarin Sherin Nur Syafa dan klip videonya bertanya soalan kepada Ustaz Hannan Attaki semasa menghadiri ceramah tular di media sosial.

Menurut Kisah Dunia, Sherin telah mendedahkan kepahitan bagaimana rumah tangganya dengan suami tercinta berakhir di saat anak mereka baru mencecah usia empat bulan.

Pada mulanya, dia gembira kerana dipertemukan dengan lelaki yang taat kepada ibu bapanya hingga pada tahun 2021 lelaki tersebut datang berjumpa ibunya untuk tujuan melamar.

Malangnya pada Februari 2022, rancangan pernikahan mereka terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat restu keluarga lelaki.

“Lepas batal nikah, saya menangis di rumah Allah dan qiamullain menyebut nama bakal suami saya,” ujarnya.

Wanita tersebut tidak pernah berhenti mengharap dan terus menyelitkan nama lelaki itu dalam sujudnya dan ternyata jodoh mereka kuat apabila sah bernikah pada Julai 2022.

Apakah benar menceraikan isteri demi ibunya akan mendapat syurga Firdaus?

Azarin Sherin Nur Syafa

Sherin kemudiannya dikurniakan seorang bayi lelaki yang menjadi sumber pengikat kasih mereka berdua.

Memahami situasi kewangan suaminya, wanita ini reda apabila lelaki itu mengutamakan duit buat ibu bapa sehingga nafkahnya sendiri terabai.

Meskipun sudah berusaha menjadi menantu terbaik, nampaknya kehadiran Sherin masih tidak diterima dan akhirnya si suami malafazkan talak pada Jun lalu.

Suasana dewan diselubungi rasa hiba hinggakan Ustaz Hanan Attaki juga menitiskan air mata setelah mendengar luahan Sherin.

Baca juga: Pengurus tahfiz tergamak culik isteri bawa ke Kelantan, terkejut bila tahu puncanya