Malaysia Dateline

Apakah pukulan mati yang bakal menimpa Umno?

Muhyiddin sedang memecat keluar Tun Mahathir dan 4 lagi untuk mendapatkan kuasa penuh dalam Bersatu. Dengan tersingkirnya karakter-karakter penting ini, Bersatu di peringkat akar umbi seakan lumpuh dan terpaksa akur dengan arahannya.

Dia juga sedang melumpuhkan Umno dengan membeli pimpinan Umno dengan jawatan menteri dan GLC. Kelak pemakan dedak ini pasti tidak akan membantah apa jua tindakan susulan yang lebih kurang sama dengan nasib Bersatu.

Apakah pukulan mati yang bakal menimpa Umno?

Kita semua tahu bahawa arahan pengharaman Umno dari RoS telah dikeluarkan kepada KDN tahun lepas tetapi ianya diperam supaya dapat digunakan apabila tiba masa yang tepat.

Kita juga tahu Muafakat Nasional berkeras untuk mengetepikan Bersatu pimpinan Muhyiddin dalam PRU akan datang.

Kes berprofil tinggi Najib, Zahid, Bung, Azeez dan lain-lain akan menyaksikan mereka merengkok ke dalam penjara satu demi satu seperti mematahkan lidi dari secekak penyapu.

Tanpa pimpinan ini, ahli Umno akan menjadi seperti kehilangan arah. Sekali gus dengan pengharaman Umno, Bersatu akan menjadi parti dominan yang akan menentukan calon-calon Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15 kelak. Struktur Umno bakal lumpuh dan dominasi Muhyiddin, Azmin dan Hamzah bakal menjadi penentu kepada pilihan raya tersebut.

Pas? Mereka cuma kucing kurap yang kenyang taburan dengan nasi basi kerana Pas bukanlah parti yang boleh pergi lebih jauh.

Scheme of things ini sedang dilaksanakan dengn sistematik dan bakal melihat Umno terperangkap di dalamnya. Kita lihat sekarang pun pimpinan tertinggi Umno seperti telah kehilngan cengkaman ke atas beberapa menteri kabinet seperti Annuar Musa, Ismail Sabri dan lainĀ².

Nasib akar umbi Umno bakal menjadi lebih teruk dari akar umbi Bersatu yang sekarang telah kehilangan segalanya.

Jangan sampai nasi menjadi bubur.