Malaysia Dateline

Apakah vaksin COVID-19 Pfizer selamat?

Vaksin sebelum ini yang ada dalam senarai wajib imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalani satu fasa kajian yang lama dan panjang sebelum diluluskan dan yang harus diutamakan ialah keselamatan ataupun ‘Safety’.

Namun begitu apakah vaksin Covid-19 Pfizer ini selamat.

Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya bagi Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria.

Menurut beliau lagi, terdapat beberapa pandangan dari Profesor-profesor perubatan moden bahawa vaksin Covid-19 Pfizer US ini tiada data-data selamat untuk jangka masa panjang serta terdedah kepada kemungkinan komplikasi pengambilan vaksin.

“Bagaimana sekiranya komplikasi tersebut merupakan satu komplikasi yang kekal dan mencacatkan badan atau kematian dan ianya bukan persoalan anti vaksin, sebaliknya merupakan persoalan keselamatan atau ‘Safety Vaccines’.

” Malaysia juga telah dikhabarkan membeli 6 juta vaksin Covid-19 Pfizer US dan dijangka akan digunakan ke atas ‘frontliners’ sebagai kumpulan ‘pioneers’ atau pertama tidak lama lagi.

“Adalah diharapkan KKM dapat mengkaji sedalam-dalamnya isu keselamatan ini dan mengenepikan segala kepentingan politik serta menyerahkan seratus peratus kepada pakar-pakar perubatan untuk menentukannya,” tegas beliau yang juga merupakan pakar perubatan kanak-kanak.

Tambahnya, apa yang menjadi persoalan bukanlah perlu atau tidak vaksin tersebut, tetapi ia merupakan persoalan keselamatan atau pun ‘safety’.