Apandi kalah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur arah bayar RM80,000 kepada Kit Siang

Oleh MALAYSIA DATELINE

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membayar RM80,000 kepada Kit Siang berikutan kalah dalam samannya yang difailkan pada 2016 berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Azimah Omar menolak saman Apandi itu antaranya menyifatkan Kit Siang wajar membangkitkan berhubung isu 1MDB, ia memandangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi berasingan pada 2020 dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Kit Siang disaman ekoran artikel yang ditulisnya pada 2019 bertajuk “Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity” dan disiarkan dalam blog peribadinya.

Pada 5 Julai 2019, Apandi memfailkan saman sivil, mendakwa pada 6 Mei 2019, Kit Siang menulis artikel yang didakwa berunsur fitnah.

Apandi kalah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur arah bayar RM80,000 kepada Kit Siang
Lim Kit Siang

Apandi mendakwa artikel itu antara lain membayangkan bahawa dia terlibat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika, dan telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi peguam negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018.

Semasa perbicaraan tindakan sivil itu pada April tahun lalu, Apandi menangis di mahkamah ketika memberi keterangan terhadap Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

Dalam saman sivil itu, justifikasi ialah pembelaan bahawa kenyataan atau dakwaan itu adalah benar, dan jika berjaya di mahkamah, ini akan bertindak sebagai pembelaan mutlak terhadap tindakan undang-undang.

Pada 26 Jan 2016, Apandi, sambil memegang carta aliran dana SRC semasa taklimat media, mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib yang merupakan PM ketika itu, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh SPRM. SRC adalah bekas anak syarikat 1MDB.

Semasa membacakan penghakiman setebal 100 muka surat petang ini, Azimah menyatakan bahawa artikel Kit Siang tidak mengaitkan Apandi bersalah atas salah guna kuasa.

Hakim berkata Kit Siang hanya mengatakan bahawa terdapat alasan lanjut untuk siasatan berhubung perkara itu dan pihak yang dinamakan dalam kenyataan akhbar Apandi untuk tampil menjelaskan urus niaga di luar kelaziman itu.

Azimah menegaskan Najib didakwa di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Baca juga: “Saya sedia ke penjara kerana beri amaran jangan jadi macam Sri Lanka”