Malaysia Dateline

Apartment wakaf Malaysia pertama di Palestin bakal siap Jun tahun depan, manfaat lebih 5,000 penduduk

Berkat kesungguhan dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan rakyat Palestin yang saban hari diancam zionis Israel, ternyata keluhuran hati rakyat negara ini telah mampu untuk merealisasikan pembinaan apartmen wakaf pertama Malaysia di negara tersebut.

Adalah difahamkan pembinaan apartmen wakaf Malaysia tersebut akan bermula pada Januari tahun hadapan dan dijangka siap pada Jun 2024.

Malah ia akan memberi manfaat kepada lebih 5000 orang apabila kerjasama antara Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia atau Mapim bersama MyAqsa Defenders membangunkan apartment wakaf tersebut menjadi realiti.

Projek yang meliputi empat buah apartmen setinggi tujuh tingkat tersebut boleh dimanfaatkan oleh seratus buah keluarga dengan jumlah kos sebanyak RM8 juta sepertimana yang dicatatkan melalui pautan laman Mapim.