Api perkauman jadi talian hayat Umno, kata Amanah Perak

Api perkauman jadi talian hayat Umno, kata Amanah Perak

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rakyat negara ini sewajarnya menyingkirkan Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang kerana sering meniupkan api perkauman, tegas Pengarah Komunikasi Amanah Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin.

Abdul Rahim Mohd NoordinMenurut beliau, isu perkauman dan doktrin memburukkan DAP dimainkan di seluruh negara khususnya di Perak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu besar negara atas kegagalan urus tadbir kerajaan BN.

“Ternyata isu 1MDB, rasuah, kenaikan harga barang, kenaikan tol, kejatuhan ringgit serta masalah sosial dan peningkatan kos sara hidup menyebabkan rakyat terus tertekan dengan kegagalan pemimpin negara mengurus negara ini

“Apakah semua itu salah DAP sedangkan yang memerintah negara ini Umno/BN?” soal beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, Umno mengambil kesempatan daripada keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan kesediaan PAS untuk bekerjasama (ta’awun) dengan parti Melayu itu bagi mendapatkan ‘talian hayat’ untuk kekal di Putrajaya.

Oleh itu Abdul Rahim menyeru rakyat agar bersama Pakatan Harapan yang menggabungkan DAP, PKR dan Amanah untuk menghadapi BN.

“Rakyat tidak sepatutnya terus berdiam diri dengan kejelekan pentdbiran Umno/BN dan membiarkan negara terus ditadbir pemimpin yang korup,” tegas beliau.

TAGS