Setiap bank di negara ini mempunyai aplikasi tersendiri bagi memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran.
Namun aplikasi Go by Bank Islam seringkali menyebabkan masalah apabila mengambil masa terlalu lama untuk diguna pengguna.
Menerusi akaun TikTok @abgbaju_merah, mereka melakonkan semula aksi bagaimana pembeli yang mahu menggunaklan aplikasi Bank Islam itu terpaksa menunggu lama.
Boleh dikatakan ia mengambil masa beberapa minit malah ada yang sampai ke sudah tidak boleh masuk dan akhirnya menggunakan laman carian Google.
Rata-rata warganet memahami situasi terbabit kerana sudah banyak kali terkena sama seperti dalam video.
“Kena buka sehari awal baru boleh pergi kedai makan,” komen Helmyelmo.
“Samalah kita. Sejak daripada itu saya selalu buka QR dulu baru pergi dekat juruwang.” kata @pemberian_terpelihara.
Bank Islam menerusi akaun Twitter memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna dan memaklumkan aplikasi itu sudah dikemas kini.
Baca juga: Mula-mula marah Menu Rahmah, bila lihat pelanggan datang bawa anak makan terus rasa sejuk hati