Malaysia Dateline

Aplikasi cari Sugar daddy sudah tukar URL baru tetapi boleh akses lagi

Laman web sugarbook yang memberi khidmat kepada penggunanya untuk mendapatkan ‘sugar daddy’ dilaporkan telah disekat penggunaanya kerana melanggar undang-undang dalam negara.

Sekatan terhadap laman web berkenaan dikuatkuasa selepas mahasiswa IPTA dan IPTS dilaporkan antara yang paling ramai menggunakan aplikasi tidak bermoral itu bagi mencari ‘sugar daddy’.

Hasil semakan di laman www.sugarbook.com, web tersebut memaparkan nota bahawa laman sesawang itu tidak dapat diakses kerana kandungannya melanggar undang-undang negara.

Sugarbook dilaporkan telah menukar URL baru dan menggantikannnya dengan URL www.sucreebook.com

Bagaimanapun kurang dari 24jam selepas web berkenaan disekat (banned), sugarbook dilaporkan telah menukar URL baru dan menggantikannnya dengan URL www.sucreebook.com

Laman web baru itu didapati masih menggunakan maklumat sama seperti sugarbook.

Hasil semakan di ‘app store’ juga, aplikasi sugarbook masih boleh dimuat turun walaupun laman web tersebut telah disekat.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan akan terus memantau dan menyiasat aplikasi ‘Sugarbook’ dan mengambil tindakan sekiranya didapati melanggar undang-undang.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam kenyataan semalam memaklumkan, agensi itu sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan melibatkan laman mencari teman dalam talian itu.