Malaysia Dateline

APM Sarawak bersedia hadapi bencana banjir

Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM) Sarawak bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian bencana banjir di seluruh negeri ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar(PA)Ismail Mahedin berkata, seramai 1,210 pegawai dan anggota bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi kejadian banjir berikutan pertukaran musim Monson Timur Laut yang dijangka bermula November ini hingga Mac tahun hadapan.

Katanya, ini termasuk akan menambah sebanyak 23 bot pada tahun ini sekali gus menjadikan keseluruhan sebanyak 69 buah berbanding pada tahun lepas.

“Di samping itu, APM turut mempersiapkan sebanyak lima unit dron, 17 lori, 19 kenderaan pacuan empat roda dan 13 13 buah ambulans, “ujar beliau dalam satu kenyataan di Kuching,hari ini.
Beliau menambah, mesyuarat lanjut mengenai pengurusan bencana di peringkat pusat dijadual diadakan 16 Oktober ini di Putrajaya dan bakal dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana.