Akal bezakan manusia dengan haiwan

Akal bezakan manusia dengan haiwan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kami telah menjadikan untuk isi neraka jahanam, kebanyakkan daripada manusia dan jin. Mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk berfikir. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti haiwan, bahkan lebih hina lagi.” (Surah Al-A’raf : 179)

Allah SWT juga berfirmanyang bermaksud:

“Sesungguhnya pendengaran, pengelihatan dan akal fikiran (manusia), semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban.” (Surah Al-Isra’: 36)

Universiti Ramadan kembali lagi Insha Allah tahun ini untuk menyediakan pelbagai ganjaran bagi umat Islam yang menafaatkan Ramadan sebagaimana yang sepatutnya.

Ramadan tiba bukanlah untuk menjamu selera dengan tahap pembaziran maksimum baik dengan pembelian berlebihan juadah di bazar Ramadan yang berakhir dengan di  buang di tong sampah ataupun Buffet Ramadan yang hampir RM200 seorang di Kuala Lumpur di hotel hotel mewah termasuk milik bukan Islam yang dikatakan mendapatkan bekalan bahan mentah daripada syarikat yang mempunyai sijil Halal yang juga tidak semestinya di miliki oleh ummat Islam.

Bermulanya Ramadan bermakna tempoh pembayaran zakat fitrah telah pun bermula dan boleh dibayar bermula seawal  1 Ramadan terus kepada asnaf-asnaf yang sepatutnya seperti fakir, miskin dan sebagainya.

Membayar zakat fitrah terus kepada asnaf yang berhak mengikut keutamaan susunan asnaf akan memudahkan persediaan para fakir miskin dan keluarga mereka membuat persiapan berbuka dan juga menyambut Eid dengan seadanya nanti.

Solat Terawikh bermula sebaik saja selepas Isya pengistiharan 1 Ramadan 1437H dan berakhir pada malam hari dimana kita esok siangnya berpuasa yang terakhir untuk bulan Ramadan. 

Justeru, tidaklah perlu terlebih rajin untuk pergi berterawikh pada malam raya yang biasanya di isi dengan takbir raya.

Malam-malam bulan Ramadan amat hidup sekali terutamanya di Makkah dan Madinah dengan pelbagai ibadah yang berakhir dengan Solat Subuh di mana di sana selepas Subuh keadaan bandar Makkah Madinah agak lengang kerana penghuninya sedang tidur untuk bangun semula dan mandi bersiap sebelum jam 12 tengahari untuk bersolat Zohor berjemaah  di Masjidil Haram Makkah dan Madinah.

Justru kitaran beribadah di sana amatlah meriah sekali dengan majoritinya amat fokus beribadah dan malam malamnya hidup dengan berbuka puasa, berterawikh, berurusniaga, makan makan serta bertaruf sesama ummat Islam yang sama sama turun mengerjakan Umrah Ramadan.

Malah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam beberapa potong Hadis Sahih yang dilapor Imam Bukhari dan Muslim di mana intipatinya adalah Umrah Ramadan senilai dengan haji (Bukhari 1782 dan Muslim 1256).

Bersadaqah di galakkan sepanjang Ramadan untuk pahala berlipat kali ganda namun caranya mestilah betul yakni tanpa rasa riak dan takabbur.

Untuk membolehkan semua ibadat di lakukan dengan tenang sepanjang Ramadan memerlukan akal sebagai seorang manusia yang normal. Manusia yang berakal normal tidak akan membiarkan orang lain memanipulasikan otaknya untuk habuan dunia hingga menzalimi manusia yang lain.

Namun untuk pulangan keduniaan yang sedikit segolongan manusia sanggup menjadi hamba malah berperangai yang tiada bezanya dengan seekor haiwan.

P Ramlee dengan sentuhan klasiknya dalam filem Ali Baba Bujang Lapok menekankan betapa mudahnya manusia menjadi pak turut kerana sedikit habuan keduniaan dengan babak 40 penyamun menyerbu dan memecahkan sebuah jamban kecil kerana semata mata di arahkan boss, malah watak HM Busra salah seorang penyamun yang mahukan penyamun lain jangan banyak cakap agar memecahkan saja tandas berkenaan kerana mereka dah di arahkan ketua mereka—akhirnya akibatnya kesemua mereka menerima padah percikan najis manusia kepada badan masing masing.

Begitulah yang telah, sedang, masih dan akan terus berlaku dengan mereka mereka yang bersubahat melindungi penjenayah penjenayah syarikat hutang negara.

Malah P Ramlee dalam filem Tiga Abdul pula telah memberikan pangkat paling besar kepada  Ahmad Nisfu dan tuan penasihat yang beria ia mengampu dan sanggup melakukan apa saja demi sedikit harta dunia iaitu-pencacai angkat najis.

Mereka mereka yang terlibat bersubahat melindungi penjenayah dalam syarikat hutang negara bukanlah masih muda malah dah tua tua pun agaknya mereka ingat mereka akan hidup seribu tahun lagi kot dan terus berkira kira merancang hendak terus bersuka ria sekalipun pada malam malam bulan Ramadan. Wallahualam & Selamat menyambut Awal Ramadan 1437 Hijrah semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, Insha Allah.

* Penulis adalah Peguambela & Peguamcara di Kuala Lumpur.

CATEGORIES