Arab Saudi lancar projek pembangunan bernilai AS$88.8 bilion untuk Riyadh

Arab Saudi lancar projek pembangunan bernilai AS$88.8 bilion untuk Riyadh

Arab Saudi pada Rabu melancarkan projek pembangunan bernilai US$88.8 bilion untuk Riyadh, lapor agensi berita China Xinhua memetik stesen penyiar Al Arabiya TV.

Projek itu bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk di ibu kota serta meliputi sektor pendidikan, kesihatan dan pelaburan, menurut Al Arabiya.

Antara 2,830 projek itu, sejumlah 931 telah disiapkan.

Projek itu adalah sebahagian daripada pembaharuan ekonomi Arab Saudi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini untuk menjadikan kerajaan kurang bergantung kepada hasil minyak.

— BERNAMA