Malaysia Dateline

Arab Saudi menolak permohonan ektradisi suspek pembunuhan Khashoggi

Kementerian Luar Negeri Arab Saudi semalam menolak permohonan ekstradisi terhadap suspek pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi oleh ketua pendakwaraya Istanbul selepas pendakwaraya tersebut memfailkan waran tangkap kepada dua individu yang merupakan bekas pegawai Saudi, lapor Reuters.

Dalam kenyataan rasmi pejabat pendakwaraya Turki itu, pihaknya merumuskan bahawa terdapat “syak yang kuat” terhadap Saud al-Qahtani, pembantu kanan kepada Tengku Mahkota Mohammed bin Salman, serta Jeneral Ahmed al-Asiri, yang bertindak selaku timbalan kepada pejabat perisikan Arab Saudi, dan mereka merupakan antara perancang yang disyaki bagi pembunuhan Khashoggi pada bulan Oktober lepas di pejabat Konsulat Saudi, Istanbul.

Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Adel al-Juber mengatakan, “Kami tidak mengekstradisi rakyat kami,” apabila beliau ditanyakan berkenaan waran tangkap tersebut. Ketika menjawab, Jubeir berada di sidang media bagi sidang kemuncak Gulf Arab di Riyadh.

Bulan lepas, pihak US Treasury telah menyekat 17 rakyat Saudi, termasuk Qahtani tetapi bukan Asiri, kerana peranan mereka dalam pembunuhan Khashoggi.

Pihak pendakwaraya Saudi mengatakan arahan untuk membawa balik Khashoggi datang daripada Asiri manakala halangan untuk keluar negara telah dikenakan kepada Qahtani.

Jubeir menolak untuk mengesahkan atau menolak bahawa individu diatas kini telah ditahan atau sedang disoal siasat.