Arab Saudi pilih Malaysia negara pertama guna proses ‘pra-pelepasan’ jemaah haji

Arab Saudi pilih Malaysia negara pertama guna proses ‘pra-pelepasan’ jemaah haji

Seramai 30,200 orang jemaah dari Malaysia akan mengerjakan haji tahun ini, berlepas bermula 14 Julai sehingga 14 Ogos, menerusi 81 penerbangan carter dari KLIA ke Madinah .

Kerajaan Arab Saudi telah memilih Malaysia sebagai Negara yang Pertama di dunia secara menyeluruh untuk menggunakan proses  pra -pelepasan (Pre-Clearance)  bagi Imigresen dan bagasi untuk memudah dan mempercepatkan urusan ‘kemasukan’ jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi.

Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abang Ahmad Kardee Masagus  berkata, proses itu bermula dengan ‘Daftar Masuk’ jemaah di Komplek Tabung Haji di Sepang.

Kemudian jemaah akan menaiki bas ke KLIA terus ke Platform khas yang mana bagasi akan terus di hantar ke kapal terbang.

Jemaah kemudian melakukan pemeriksaan pasport di Imegresen Malaysia dan terus menuju ke laluan khas ke Imigresen Arab Saudi dan mendaftar masuk ke Imigresen Arab Saudi dan tunggu kapal terbang untuk berangkat ke Madinah.

Setibanya di Madinah jemaah akan terus menaiki bas ke hotel penginapan tanp peru berurusan lagi dengan Imigresen Arab saudi kerana ia telah pun di akukan di KLIA.

Ini akan memendekkan masa menunggu dua hinga tiga jam untuk mendapatkan bagasi masing-masing.

Jemaah akan mengambil bagasi dan mendaftar masuk di hotel penginapan masing-masing yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji.

Link video: di sini

Salah seorang jemaah haji Malaysia yang sedang membuat pemeriksaan pasport di kaunter Imgigresen Arab Saudi di KLIA sebelum berlepas ke Madinah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dalam kenyataan sebelum ini, dipetik berkata, langkah berkenaan satu keistimewaan kepada jemaah haji Malaysia disediakan kerajaan Arab Saudi, sekali gus mereka tidak perlu menunggu lama sebaik tiba di Tanah Suci.

“Keluar sahaja dari pesawat sebaik tiba di Tanah Suci, jemaah haji Malaysia boleh terus menaiki bas yang disediakan untuk ke hotel manakala bagasi masing-masing akan terus dihantar ke hotel.

“Jadi, kemudahan pra-pelepasan ini memang sangat membantu kerana jemaah haji tidak perlu melalui proses dokumentasi memandangkan sudah dibuat terlebih dahulu di KLIA,” katanya ketika hadir pada pelepasan jemaah haji Malaysia di KLIA pada Sabtu lalu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imegresen Malaysia Datuk Mustafar Ali.

 

8.3
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 9.0
CATEGORIES
TAGS