Arab Saudi sedang bina pencakar langit paling tinggi bernilai RM 5.7 bilion kalahkan Burj Khalifa

Oleh KIM SYAZIE

Arab Saudi dilaporkan sedang membina  pencakar langit dengan ketinggian lebih 1000 meter, dijangka akan mengalahkan menara tertinggi dunia Burj Khalifa

Memetik Agensi, pencakar langit yang dikanali sebagai menara Jeddah itu dilaporkan menelan belanja kira kira RM 5.71 bilion.

Bangunan Syarikat Ekonomi Jeddah itu akan mempunyai hotel, pejabat, pangsapuri servis dan kondominium mewah. 

Malah, bangunan itu dikatakan bakal menempatkan `balai cerap tertinggi di dunia’ walaupun buat masa ini balai cerap astronomi paling tinggi adalah di Universiti Tokyo Atacama Observatory yang terletak pada ketinggian 5,640 meter.    

Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai menempatkan sebuah hotel, kediaman mewah, pejabat, dek pemerhatian, restoran dan kemudahan kesihatan.

“Menara itu akan menjadi tumpuan utama projek Jeddah Economic City sebelum ini dikenali sebagai Kingdom City, tapak hartanah komersial dan kediaman dianggarkan bernilai AS$20 bilion (RM92.9 bilion). 

Dilaporkan, projek pencakar langit itu menyambung semula pembinaan pada tahun lalu selepas tertangguh lama.

Justeru, setakat ini, tiada garis masa tetap diumumkan untuk pembinaan itu siap. 

Baca juga: Risauhttps://www.malaysiadateline.com/risau-tetamu-datang-mengejut-cuba-resepi-singgang-ikan-selar-ini-20-minit-je/ tetamu datang mengejut? Cuba resepi Singgang Ikan Selar ini – “20 minit je!”