Malaysia Dateline

Arab Saudi tetapkan Aidiladha 9 Julai, Hari Arafah 8 Julai

Arab Saudi akan merayakan hari pertama Aidiladha pada 9 Julai ini manakala menetapkan Hari Arafah pada 8 Julai 2022 setelah penampakan anak bulan Rabu malam 29 Jun 2022.

Arab Saudi turut menetapkan 1 Zulhijjah 1443 bermula pada hari ini 30 Jun 2022.

Memetik Berita rasmi Arab Saudi, Saudi Press Agency (SPA), Mahkamah Agung Kerajaan memaklumkan bulan Zulhijah akan bermula pada tanggal 30 Jun sebagai tanda bulan mengerjakan haji.

Arab Saudi tetapkan Aidiladha 9 Julai, Hari Arafah 8 Julai
Malaysia sambut Aidiladha 10 Julai

“Haji akan dimulai pada 6 Julai hingga 10 Julai, dengan Hari Arafah jatuh pada 8 Julai,” kata Mahkamah Agung Arab Saudi dalam kenyataan pada Khamis.

Mahkamah Agung Arab Saudi melihat bulan sabit Zulhijjah pada Rabu malam.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.

Hal itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman, selepas aktiviti cerapan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara petang semalam.

Baca juga: Aidiladha disambut 10 Julai