Arena Axiata dikosongkan selepas pengesan asap berbunyi

Arena Axiata dikosongkan selepas pengesan asap berbunyi

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan asap daripada sebuah gerai makan di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini menyebabkan pengesan asap di dalam stadium berbunyi semasa perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2019, semalam.

Semasa kejadian itu, keutamaan BAM adalah keselamatan setiap orang di venue. Berdasarkan protokol keselamatan stadium, proses mengosongkan venue dilaksanakan serta merta bagi mencari punca pengesan asap berbunyi, secara menyeluruh dan terperinci.

BAM menghargai kesabaran yang ditunjukkan mereka yang menerima kesan akibat pengosongan sementara itu, bagi membolehkan perkara ini ditangani dengan baik dengan penuh bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang dan perlawanan disambung 15 minit kemudian.

— BERNAMA