Argentina: Bangkai kapal selam hilang setahun lalu ditemui

Argentina: Bangkai kapal selam hilang setahun lalu ditemui

Bangkai kapal selam Tentera Laut Argentina yang meletup dan hilang sejak tahun lalu dengan 44 anak kapal didalamnya, berjaya dikesan di Lautan Atlantik.

Terdapat tanda “pengenalan positif ARA San Juan,” pada bangkai kapal yang ditemui di kedalaman 800 meter, menurut kenyataan dalam Twitter tentera laut.

Bangkai itu ditemui oleh kapal Seabed Constructor, kapal dimiliki syarikat pencarian Ocean Infinity AS.

“Syarikat itu memutuskan melakukan pencarian baharu dan berjaya menemuinya,” kata jurucakap tentera laut Rodolfo Ramallo kepada Televisyen Todo Noticias.

Kapal itu terputus hubungan pada 15 Nov tahun lepas, kira-kira 450 kilometer dari pantai Argentina, ketika dalam perjalanan ke pangkalan Ushuaia di selatan Argentina.

Operasi mencari menggunakan pesawat udara dan kapal laut bermula 48 jam kemudian melibatkan unit dari 13 negeri, namun usaha itu dihentikan sebelum akhir 2017.

— BERNAMA-NNN-AGENSI