Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi herjaya mengekalkan gelaran sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali ke-4 berturut-turut pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 kelmarin.
Arif Aiman menjadi satu-satunya pemain yang meraih gelaran MVP sebanyak empat kali berturut-turut selepas bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 sehingga 2012.
Pemain kebangsaan itu turut mendominasi tiga lagi kategori lain iaitu Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2024-2025.
Ini juga adalah musim pertama Arif memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik (pencalonan mengikut posisi yang didaftarkan pasukan) apabila sebelum ini meraih gelaran Penyerang Terbaik sebanyak tiga kali sejak tahun 2021 sehingga 2023.
Arif Aiman, pemain muda berusia 23 tahun terus menjadikan Liga Malaysia musim ini sebagai pentas untuk dirinya memperagakan kehebatannya dengan mencetak 12 gol dan 13 ‘assist’ sekali gus membantu kelab Harimau Selatan menjulang trofi Liga Super, Piala FA serta melangkah ke final Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Keupayaan pemain lincah itu tidak boleh disangkal lagi apabila diberikan kepercayaan oleh Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio untuk berada dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan bagi menggerakkan jentera serangan pasukan.
Baca juga Stesen radio tak pilih kasih, nak belanja calon SPM makan hari ini tanpa mengira keputusan