Malaysia Dateline

Arif antara badan yang aktif bantu mangsa banjir

Arif atau pertubuhan Amal Relief Malaysia adalah antara badan yang sangat sibuk ketika banjir melanda negara khasnya di Selangor dan Kuala Lumpur sehari dua ini.

Antara pasukan yang sibuk membantu adalah Arif Hulu Langat dimana kawasan mereka teruk dilanmda banjir sekarang.

Redzuan Khalib antara anggota Arif Hulu Langat yang tidak henti-henti membantu mangsa banjir sejak malam tadi.

Menurut Ketua Pemuda AMANAH, Hasbie Muda, rumah Redzuan sendiri dinaiki air di mana isteri dan anak-anak beliau telah dihantar ke pusat perpindahan sementara.

Arif membantu mangsa banjir di Hulu Langat.

“Walhal rumah beliau sendiri dinaiki air. Anak isteri dah dihantar ke pusat pemindahan.

“Abang Redzuan terus gigih santuni penduduk Sungai Serai yang masih memerlukan. Seolah-olah tidak letih,” kata Hasbie dalam catatan di facebook beliau.

Bagi beliau, Arif adalah antyara wira rakyat yang membantu masyarakat ketika bencana sekarang.

Dua hari lepas, Arif telah menubuhkan Tabung Dana Kemanusiaan dan Kebajikan Arif (Dekat).

Hanya serendah RM5 anda sudah dapat membantu kempen #DEKAT ini.

“Ayuh bersama-sama kita merealisasikan usaha murni ini. Semoga Allah merahmati usaha kita,” kata jurucakap¬† Arif dalam satu kenyataan mereka.

Kepada yang ingin membantu usaha ini boleh klik link di bawah.

https://ezy.la/dekat