Malaysia Dateline

ARiF buka tabung sumbangan untuk bapa tunggal mangsa ribut

Baru-baru ini keluarga Saharudin Bin Ismail yang menetap di Tanjung Agas, Pekan, Pahang telah ditimpa musibah akibat daripada ribut yang melanda.

Disebabkan itu, rumah beliau telah hampir musnah di mana bumbung rumah beliau keseluruhannya diterbangkan oleh ribut.

Musibah ini menambah derita kepada Saharudin, seorang pesara dari Jabatan bekalan Air Maran dan menyara 6 orang anak salah seorangnya adalah OKU.
Isteri beliau pula telah meninggal dunia akibat menghidap kanser rahim.

Perihatin dengan masalah yang dihadapi keluarga malang ini, ARiF Malaysia dengan rendah hati ingin melancarkan satu tabung khusus untuk membantu Saudara Saharudin untuk membaiki bumbung rumah beliau supaya dapat meringkan beban.

Menurut jurucakap ARiF, mereka berharap tabung ini membantu membina semula bumbung rumah Saharudin itu dan dapat meningkatkan lagi amal jariah dari pihak penyumbang.

“In Shaa Allah, semoga setiap apa yang kita sumbangkan ada nilainya di sisi Allah dan Allah sahaja yang layak,” kata jurucaka ARiF, sebuah badan amal dan kebajikan di bawah AMANAH.

Mereka yang ingin menyumbang boleh KLIK link ini.